“Jangan Cepat Judge Kata Saya Jealous..”- Mawar Jelas Isu Larang Panggil Mummy Atau Mama

Hanya kerana menjawab pertanyaan pengikutnya di IG Story, bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar dianggap cemburu. Hm, apa kes sebenarnya ni?

Menurut laporan portal-portal hiburan lain, Mawar Karim dikatakan melarang sesiapa pun bakal isteri Fizo Omar untuk menggunakan panggilan Mummy atau Mama kepada anak tunggalnya bersama Fizo, iaitu Maryam.

“Bagi Kak Mawar, tak marah kalau bapa Maryam nak kahwin. Lagi gembira dan cepat-cepat kahwin, lagi bagus. Kita sokong semoga bapa Maryam bertemu jodoh yang sesuai dan sangat sempurna.

“Kak Mawar tak sempurna, serba kekurangan. Kak Mawar sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua,” katanya.

Namun, Mawar mengingatkan kepada bakal isteri Fizo supaya tidak menggunakan panggilan ‘mummy’ atau ‘mama’.

“Kepada siapa pun bakal ibu baru Maryam, yang pasti, jangan panggil ‘mummy’ atau ‘mama’ sebab panggilan itu khas buat Kak Mawar. Bukan apa, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam seorang sebab dia begitu istimewa. Bagi Kak Mawar dan bapa Maryam, benda yang lepas tidak perlu lagi dikenang. Masing-masing ada kehidupan dan pilihan sendiri. Tidak perlu menjaja benda yang lepas,” katanya.

Bagaimanapun, Mawar terkejut dengan ‘highlight’ yang mengatakan dia melarang panggilan itu di beberapa portal hiburan sehingga menyebabkan ramai salah sangka terhadap kenyataan tersebut. Ini penjelasan yang diberikan;

“Maaf ya saya bukan jenis cepat melenting mahupun melatah. Suba faham betul-betul apa yang saya kata ini sangat ringkas dan mudah difahami. Juga JELAS perkataan mummy or mama. Dua panggilan ini khas buat Maryam untuk saya. Selain itu ibu/umi/bonda kawasan/ sewaktu dengan nya terpulang one day kalau Maryam ditakdirkan dapat mak BARU.

Saya masih lagi waras dan boleh berfikir secara logik, jangan cepat judge saya jealous.”

Tambah Mawar lagi, fokus utamanya kini adalah untuk Maryam dan tiada masa untuk cemburu dengan kehidupan siapa-siapa.

Sumber: Instagram

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*