“Kena Ingat, Suami Dan Anak Hanya Pinjaman Allah SWT,” Rita Rudaini Beri Pesanan Kepada Ibu Tunggal

Menjadi seorang ibu tunggal ataupun single mother bukanlah satu perkara yang mudah kerana hakikatnya, pelbagai perkara yang perlu ditanggung mereka sendirian tanpa pertolongan suami seperti makan dan minum anak-anak, keperluan mereka dan sebagainya.

Selain itu, kebahagiaan anak-anak juga akan menjadi keutamaan bagi setiap wanita bergelar yang bergelar ibu tunggal.

Begitu juga dengan pelakon terkenal, Rita Rudaini yang memuat naik luahan hatinya mengenai kehidupannya sebagai single mother di laman Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Menurut Rita, setiap wanita yang bergelar ibu tunggal sebenarnya seorang wanita kuat yang sedang diuji Allah SWT kerana Allah tahu mereka mampu melakukannya.

“Kenapa ALLAH pilih kita jd singlemom? …sbb ALLAH tau kita mampu hidup tanpa lelaki…ALLAH tau kita kuat ..ALLAH xkn uji di luar kemampuan kita…”

Percaya apa yang terjadi adalah ketentuan ilahi dan semua yang berlaku pasti ada hikmahnya, Rita meminta kepada semua ibu tunggal untuk redha dan bersyukur kerana ini adalah ‘hadiah’ yang terbaik dari Yang Maha Esa.

“Kenapa ALLAH tarik suami dr dlm hidup kita?… sbb ALLAH syg kita n xnk kita bersedih…

Setiap apa yg DIA bg,semua ada sbb …percaya dgn apa yg DIA beri pd kita…redha n bersyukur…kerana itu lah hadiah dr DIA…kenapa kita perlu mengeluh? seolah2 kita menolak hadiah ALLAH….”

Dan kenapa sisturr masih sendiri hingga skrg? Kerana sisturr tgh menikmati hadiah dr DIA ☺️

Yg xde sape pon dpt rasa dan nampak nikmat yg ALLAH beri pd kami…hanya kami je yg dpt rasa….

Malah Rita juga sempat memesan kepada ibu-ibu tunggal yang menghantar direct message ataupun DM kepadanya di laman Instagram untuk terus kuat dan bangun dari kesedihan.

“So utk singlemom yg ada DM sisturr mintak kekuatan,tgh bersedih,tolong bangkit dan sedar ‘ia’ adalah 1 hadiah yg xternilai yg korang mmg xnmpk apa yg ada di dpn tp DIA lebih tau apa yg dia beri pd kita ☺️…percaya pd perancangan ALLAH…”

Menurut Rita, setiap orang ada bahagian masing-masing di dunia, malah memiliki orang tersayang di dunia ini hanyalah bersifat sementara dan hanya pinjaman dari Allah SWT kepada kita.

*hat ada laki xyh la galak nk jd singlemom pulak 🤣 masing2 ada bahagian masing2..tp kena ingat,suami n anak2 tu hanya pinjaman sj..xyh dok sombong sgt ‘aku berlaki,kau ade??’ ‘Laki aku syg aku’ 🤣 m4ti nnti pon hang dlm kubuq sorg2 jugak bukan dok berketui dgn laki hang 😊✌🏻

Satu pesanan yang baik dari Rita untuk semua orang.

Kepada ibu-ibu tunggal di luar sana, semoga terus diberi kekuatan dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran.

Sumber : Instagram Rita Rudaini

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*