Dewi Perssik Tawar Habuan RM23,400 Buktikan Dirinya Per4mpas Kelas Atasan

Penyanyi dangdut dari Indonesia, Dewi Perssik meluahkan rasa berang apabila ditvduh sebagai per4mpas suami orang, baru-baru ini.

Kesal dengan fitn4h itu, Dewi berkata komen buruk yang ditulis netizen di media sosial itu memalukan dan menjatuhkan m4ruahnya sebagai seorang wanita, lapor Liputan6.

Kredit foto: IG Dewi

Justeru, penyanyi lagu Indah Pada Waktunya ini berkata, dia mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang dan menawarkan ganjaran 100 juta Rupiah (RM23,400) untuk mereka yang berjaya membuktikan mengenai perkara itu.

“Ini akaun-akaun yang kata saya pelakor (per4mpas) kelas atasan… awas ya kalau kalian tak dapat buktikan.

“Suami siapa yang saya sedang bercinta itu? Cuba buktikan dahulu. Saya beri 100 juta Rupiah jika saya per4mpas!” katanya menerusi laman Instagram pada Ahad.

Sebelum itu, Dewi berkongsi paparan skrin sembilan akaun Instagram individu yang menvduhnya melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut.

Perkongsian Dewi itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut di laman tersebut.

Kredit foto: IG Dewi

Rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat dan meminta netizen berfikir sebelum menulis sebarang komen yang boleh mendorong fitn4h.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://hiburan.cari.com.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*