Beli Kondominium Bernilai 1 Juta, Peminat Tersohor Diva AA Tumpang Gembira

Pengacara terkenal, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA kini dikatakan telah berjaya membeli aset berupa sebuah rumah kondominium di ibu kota bernilai RM1 juta!

Berita itu dikongsikan sendiri oleh pengacara berusia 55 tahun itu di laman Instagram miliknya.

Menerusi posting tersebut, caption yang ditulis olehnya memberitahu bahawa kondominium yang dibeli olehnya itu bakal menghadap Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) .

Kini, Diva AA telah membayar wang berupa cek sebanyak hampir RM200,000 kepada pihak pemaju bagi urusan jual beli rumah tersebut.

Ramai penyokongnya turut dilihat tumpang gembira terhadap pencapaian pengacara program Lagu Cinta Kita musim kedua itu.

Seperti yang kita tahu, Diva AA merupakan seorang selebriti yang gemar untuk kongsikan berita gembira bersama dengan peminat setianya.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Diva AA!

Semoga selepas ini Diva AA akan dilimpahkan lagi rezeki yang banyak.

Sumber foto: Instagram Diva AA

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*