“Sakit Awak Tu, Saya Tanggung Pun Saya Sanggup,” – Isteri Nizam Laksamana Mulai Raw4tan Kim0terapi, Hid4p K4nser P4yu Dara

Semalam penyanyi senior, Nizam Laksamana, mended4hkan isterinya yang ketika ini sedang mengid4p k4nser p4yu dara telah pun memulakan raw4tan kimoter4pinya buat pertama kali di Hospital Kuala Lumpur.

Dikesempatan itu juga, Nizam turut berharap agar orang ramai dapat menitipkan doa semoga isterinya itu diberikan kekuatan serta sentiasa berfikiran positif demi mel4wan peny4kit tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nizam Laksamana (@nizamlaksamana3011)

“Hari ini hari pertama untuk cycle pertama proses chem0terapy isteri saya untuk perub4tan breast cancer(5 cycle to go). Mohon bantuan kawan-kawan semua. Bantuan berupa DOA.

“Sudilah doakan isteri saya diberi ketabahan, kekuatan seperti tabah dan kuatnya Johan Aziz mel4wan c4ncernya & berfikiran positif selama proses perub4tan ini dijalankan.

“Semoga doa-doa kawan-kawan semua Allah angkat dan makbolkan, inshaAllah,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Gugvrnya Bunga Cinta itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Nizam turut berjanji akan sentiasa ada bersama isterinya itu walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

Malah, Nizam yang juga merupakan bekas peserta program Gegar Vaganza musim ke-2 turut menyifatkan isterinya itu telah banyak berkorban bukan sahaja buat dirinya tetapi untuk anak-anak juga.

“InshaAllah..susah senang saya akan ada untuk awak. Saya akan cuba semampu saya untuk menjaga awak. Awak banyak bekorban untuk saya dan anak-anak.

“Gantikan sakit awak tu saya tanggung pun saya sanggup,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan rasa simpati selain turut mendoakan semoga segala urusan melibatkan isteri Nizam sewaktu menjalani rawatan akan sentiasa dipermudahkan.

Terhadulu, Nizam dan isterinya, Salwati Zulkifli telah pun mendirikan rumah tangga pada sekitar tahun 1995 dan kini telah pun dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sumber: Instagram Nizam Laksamana

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*