Zed Zaidi Terpaksa Tampil Beri Kenyataan Bila Ada Orang Guna Gambar Dia Untuk Sebar Berita P4lsu

PELAKON Zed Zaidi yang juga merupakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia meluahkan rasa beng4ng dengan tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menyiarkan berita p4lsu mengenai dirinya.

Menerusi entri di laman Instagramnya, Zed atau nama sebenarnya, Rozaidi Jamil, 41, memuat naik satu gambar dengan tajuk ‘Zed Zaidi mahu Liga Bola Sepak Malaysia ditunda bagi memberi laluan untuk Karnival Jom Heboh’.

Pihak terbabit turut menyalahgunakan logo sebuah syarikat media pada artikel p4lsu berkenaan seolah-olah Zed tidak sensitif dengan keadaan isu semasa apabila menyarankan penganjuran sebuah karnival hiburan di kala negara masih berdepan dengan masalah pandemik Cov1d-19.

“Pandai orang buat fake news ni. Ni bukan aku buat tau, interview dengan Metro pasal benda ini pun tiada.

“Ni saja orang nak troll aku takpe aku adjust sikit, TV3 tak pakai nama Jom Heboh lagi, dia pakai Sure Heboh,” katanya.

Susulan penyebaran berita p4lsu itu, Zed menjelaskan dia telah menerima pelbagai kec4man daripada netizen yang percaya itu adalah kata-kata yang keluar daripada mulutnya.

Namun, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang memberikan komen tersebut kerana mereka turut menjadi ‘m4ngsa’ apabila termakan fitn4h pihak berkenaan.

“Tapi yang geng-geng komen ini pun mengec4m aku pasal artikel ni pun, mereka tak salah sebab mereka termakan fitn4h jadi tak mengapa aku maafkan orang yang komen mengh1na aku ni.

“Tapi yang mana ikhlas menghina tu boleh cari aku di akhirat nanti,” katanya.

Zed juga turut mengingatkan penggendali laman berita fitn4h itu untuk berhati-hati dalam menyebarkan cerita dengan memberi contoh sebuah portal media yang baru-baru ini telah dikenakan denda sebanyak RM500,000 gara-gara komen yang ditinggalkan seorang pembaca di laman web mereka.

Sumber : MSTAR ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*