Rakaman Detlk Detlk PM Muhyiddin Diberi Kebnaran Masvk Kaabah. Menjadi Tetmu Pertama Selepas Setahvn

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang waktu tempatan untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Ketibaan beliau dan isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz disambut Gabenor Jeddah, Putera Mishaal Majid Abdulaziz Al Saud, Duta Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Abd Razak Abdul Wahab dan isteri, Datin Nor Asimah Petah, serta Konsulat Besar Malaysia di Jeddah, ‘Alauddin Mohd Nor dan isteri, Najwa Hasbullah.

Lawatan ke Arab Saudi ini merupakan sebahagian daripada r.angka kerja lawatan rasmi enam hari ke Asia Barat, bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Beliau dan isteri akan menunaikan umrah dan melakukan z.iarah di Madinah terlebih dahulu, sebelum memulakan program rasmi di Istana Al-Yamamah di Riyadh pada 9 Mac ini.

Perdana Menteri seterusnya akan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk bertemu dengan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi pengh.ormatan untuk memasuki Kaabah ketika men.unaikan ibadah umrah.

Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain.

Detik pembukaan pintu Kaabah, pada Sabtu malam waktu tempatan, dirakam beberapa jemaah yang berkongsi m.omen itu di media sosial.

Ini merupakan kali pertama tetamu memasuki Kaabah sejak lebih setahun lalu.

Terdahulu Perdana Menteri dan isteri tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang Sabtu waktu tempatan (10.31 malam di Malaysia) untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Muhyiddin merupakan ketua negara pertama yang mengerjakan ibadah umrah sejak penularan pandemlk C0VID 19.

Mohon bakal jemaah haji diberi keutamaan v4ksin C0v1d-19

Kuala Lumpur: Mengambil kira pengumuman kerajaan Arab Saudi yang mewajibkan pengambilan v4ksin C0v1d-19 terhadap seluruh bakal jemaah haji, Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh) berpendapat golongan berkenaan perlu diberi keutamaan dalam pemberian vaks1n.

Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham turut menyeru pembabitan hospital swasta dalam Program Imunisasi C0v1d-19 Kebangsaan bagi membantu bakal jemaah haji menerima sunt1kan vaks1n tersebut lebih cepat.

“Bagi mendapatkan vaks1n, kita kena daftar dan ikut giliran, jadi ini sudah pasti mengambil masa yang lama. Tak boleh potong barisan tapi sekiranya pemberian vaks1n boleh dilakukan di hospital swasta, maka golongan ini boleh diberi keutamaan untuk dapatkan sunt1kan vaks1n.

“Hospital swasta boleh membeli vaksi1n daripada kerajaan dan menjalankan proses vaks1nasi sendiri dan secara tidak langsung dapat mempercepatkan imuniti kelompok selain menjimatkan masa dan kos kerajaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pengumuman kerajaan Arab Saudi mewajibkan pengambilan vaksin Cov1d-19 bagi bakal jemaah haji tahun ini bertujuan memastikan kesihatan jemaah berada dalam keadaan yang terbaik serta kelancaran ibadah haji tahun ini.

Fasa 1 program imunisasi itu yang sedang berlangsung hanya membabitkan petugas barisan hadapan. Kerajaan menyatakan individu yang ‘memotong barisan’ untuk mendapatkan sunt1kan vaks1n Cov1d-19 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Sementara itu, Razali turut merayu kerajaan membuka semula sempadan antarabangsa bagi mereka yang ingin mengerjakan umrah sekali gus membantu agensi umrah yang kehilangan pendapatan sejak penularan Cov1d-19.

Beliau berkata, pihaknya juga memohon kerajaan membenarkan pemain industri membuat kunjungan teknikal ke Arab Saudi bagi mendapatkan maklumat termasuk berkenaan garis panduan prosedur operasi standard sebelum jemaah dari negara ini dibenarkan ke Tanah Suci.

Pada November tahun lalu, kerajaan Arab Saudi memberikan kebenaran kepada umat Islam di negara ini menunaikan umrah selama 10 hari, bagaimanapun kerajaan Malaysia masih tidak membenarkannya selepas mendengar pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd Datuk Md Daud Che Ngah berpendapat pengumuman berkenaan adalah langkah yang amat wajar bagi mengekang penularan Cov1d-19.

Beliau berpandangan bahawa jemaah haji perlu diberi keutamaan untuk mendapatkan sunt1kan vaks1n, selewat-lewatnya menjelang Aidilfitri ini bagi memudahkan urusan perjalanan.

“Kita berharap sangat keutamaan diberikan kepada jemaah haji. Sebab kalau dilewatkan pemberian vaks1n ini, sampai masa nak berlepas ke Tanah Suci, vaksin tak dapat lagi. Sudahlah kuota kita mungkin kecil saja, jadi ini peluang yang tak boleh disia-siakan,” katanya.

Md Daud bagaimanapun berkata, suntikan vaksin sebolehnya perlu dibuat di hospital kerajaan sekali gus pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan untuk menentukan tahap kesihatan bakal jemaah haji secara lebih terperinci.

Kredit : AstroAwani

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*