“From Bad Boy To Good Boy” – Sertai Jemaah Tabligh, Netizen Doakan MK K-Clique Istiqamah

Anggota kumpulan K-Clique MK menyertai kumpulan jemaah tabligh selama tiga hari di Jerantut, Pahang.
 
Menerusi laman sosial Instagram, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, berkongsi sekeping foto bersama pendakwah bebas Maulana Helmi untuk tatapan umum.
 
“Alhamdulillah,” tulis MK ringkas di ruangan kapsyen.
 
Memetik laporan Harian Metro, MK melakukan pelbagai pengajian asas agama termasuklah aktiviti sunnah seperti menunggang kuda dan makan dalam dulang beramai-ramai sepanjang mengikuti kelas agama bersama kumpulan jemaah tabligh tersebut.
 
Difahamkan penyanyi rap yang berasal dari Tawau, Sabah itu menyatakan hasrat mengikuti kelas terbabit sejak tiga minggu lalu dan akhirnya berpeluang menyertai kelas yang berlangsung selama tiga hari.
 
Turut sama menyertai jemaah tabligh tersebut adalah pelakon, Mas Khan.
 
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya meluahkan rasa bersyukur apabila MK tidak lagi mengenakan barangan kemas serta mengharapkan dia istimaqah dalam perjalanannya menuntut ilmu akhirat.
 
“Alhamdulillah, dah la pakai rantai emas ya haram. Semoga MK sentiasa dekat dengan Allah,” sokong seorang wargamaya.
 
“Alhamdulillah, dunia sementara akhirat selamanya,” komen seorang wargamaya.
“Alhamdulillah sejuk mata memandang,” kata seorang wargamaya.
 
“Alhamdulillah semoga diberi hidayah bosku,” tulis seorang wargamaya.
“From good boy to bad boy,” kata seorang wargamaya lagi.
 
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima lebih 172,000 tanda suka daripada peminatnya.
Sekadar info, industri hiburan turut menyaksikan beberapa penghijrahan selebriti antaranya Zul Yahya, Amar Asyraf, Nabil Ahmad dan ramai lagi.
 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*