“Islam Menggariskan Adab Pakaian, Sekali Pun Hidup Kita Bebas…” – Surat Terbuka PU Syed Buat Sharifah Sakinah!

Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak tampil memberi teguran mengenai isu pemakaian menerusi satu ‘surat terbuka’ kepada pelakon Sharifah Sakinah.

Menurut PU Syed, pada 12 Jan 2019 dia pernah menasihati Sakinah dalam isu berpakaian, namun berkemungkinan pelakon itu tidak sempat membacanya.

“Kali ini saya mesej sekali lagi secara terbuka untuk pedoman bersama.

“Puan Sharifah Sakinah mempunyai seramai 2.4 juta pengikut di IG. Ambe (saya) ingin tegur perbuatan puan, sekali gus dapat menegur followers puan yang ramai itu kerana pasti akan ada yang terikut dengan gaya hidup puan ini.

“Islam menggariskan adab berpakaian, bagi seorang Muslim dan Muslimah, ini pasti pernah dipelajari semasa belajar dalam subjek pendidikan islam di sekolah rendah dan menengah, namun apa yang puan pertontonkan pada khalayak adalah suatu yang membawa kepada dosa.

“Sekalipun hidup kita ini bebas, namun bagi umat Islam ada batas yang tak boleh dilangkaui serta dilanggari,” katanya.

Tambahnya, belum terlambat buat Sharifah Sakinah untuk menunjukkan sesuatu yang baik untuk pengikut Instagramnya.

“Biarlah puan naik dan popular dengan disulami adab dan akhlak yang terpuji.

“Puan Sharifah Sakinah, ingatlah, kita dari keturunan mulia dari nasab yang mulia, maka perlu ambe menegur untuk puan kembali ke atas jalan yang sebenarnya.

“Inilah cara kita sesama saudara untuk menyelamatkan saudaranya dari terus hanyut dalam mehnah dan ujian duniawi

“Sekian Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak al Yahya,” katanya.

Menerusi ruang komen, rata-rata pengikut Instagram PU Syed mendoakan terbaik buat Sakinah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYED MOHD BAKRI AL YAHYA™ (@_pusyed)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*