Hafreez Adam dapat tiga tawaran bergandingan dengan bekas tunang, akui hubungan baik walaupun sudah dua tahun tak bercakap

WALAUPUN tidak lagi mempunyai sebarang hubungan istimewa, perkara itu tidak menjadi penghalang buat pelakon Hafreez Adam untuk bekerjasama dalam satu naskhah drama yang sama dengan bekas tunangnya, Zara Zya.

Hafreez atau nama sebenarnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan, 31, berkata setakat ini sudah ada tiga tawaran drama daripada produksi berlainan yang mahu menggandingkannya dengan Zara.

Namun disebabkan kekangan jadual, gandingan di antara mereka berdua masih lagi tidak dapat direalisasikan dalam mana-mana penerbitan setakat ini.

“Selepas pvtus tunang, hubungan kami masih baik walaupun tidaklah kami lepak minum bersama macam dulu-dulu.

“Saya siap boleh bekerjasama kalau diberi peluang digandingkan bersama dengan Zara tapi disebabkan jadual cl4sh, perkara itu masih tidak lagi kesampaian sehingga sekarang.

“Zara pun tiada masalah bila pihak produksi yang tawarkan watak itu cakap dia kena bergandingan dengan saya, jadi dari situ saya dapat rasakan yang hubungan kami baik walaupun kami tidak pernah bercakap lagi selepas putus tunang sejak dua tahun lalu,” katanya kepada mStar.

Hafreez Adam berkolaborasi dengan pereka fesyen, Azirun Ramly.

Hafreez ditemui pada majlis pelancaran koleksi busana raya, 9 Generasi rekaan pereka fesyen Azirun Ramly yang berlangsung di Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Hafreez, jenama berkenaan turut menampilkan kolaborasi bersama tiga lagi artis tempatan iaitu Ayu Damit, Kuna Muzani dan Rykarl Iskandar.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai statusnya kini, Hafreez berkata buat masa ini dia ada berkenalan dengan seseorang namun mengambil pendekatan enggan terlalu menghebahkan perkara itu kepada umum.

 

Selepas pvtus tunang, hubungan kami masih baik walaupun tidaklah kami lepak minum bersama macam dulu-dulu.

HAFREEZ ADAM

PELAKON

Hafreez ambil pendekatan enggan terlalu berkongsi kisah cinta daripada kerjaya.

“Saya ambil pengajaran daripada pengalaman lalu… lepas ini kalau betul saya bercinta, saya akan lebih tertutup dan hanya akan umumkan bila kami jadi berkahwin.

Even masa saya dulu dengan Zara pun kami bukan nak hebahkan sangat (tentang majlis pertunangan), tapi tak nak orang cakap kami men1pu bila orang tanya.

“Lepas ini, kalau betul kata saya kembali bercinta, saya tidaklah terlalu s0rok tapi tidak juga terlalu terbuka dalam berkongsi hal cinta,” ujarnya lagi.

Hafreez dan Zara mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober 2019 sebelum ikatan itu terler4i sebulan kemudian.

Kedua-duanya berkenalan ketika digandingkan bersama dalam drama bersiri 80 episod, Monalisa yang ditayangkan di saluran Astro Prima pada tahun 2018.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*