Ustaz Dusuki Tegur Pengguna Aplikasi Gerakkan Wajah Orang Men1nggal Dunia – “Saya Takut Di Akhirat Nanti …”

Pendakwah Ustaz Ahmad Dusuki menegur segelintir pengguna media sosial yang menjadikan trend berkongsi foto individu yang sudah meningg4l dun1a dengan aplikasi tertentu untuk menggerakkan foto terbabit dalam bentuk video.

Jelas Ustaz Dusuki, elakkan terlibat dengan perkara sebegini sehingga menimbulkan kenangan lalu bagi insan yang sudah pergi terlebih dahulu daripada kita.

“Ada satu hadis Rasulullah S.A.W, sesiapa yang membuat patung atau gambar dia akan diarahkan Allah supaya meniup balik r0h pada gambar atau patung tersebut.

“Justeru, saya berpandangan supaya sebaik-baiknya jangan kita terlibat dengan perkara begini. Saya takut di akhir4t nanti, Allah tiupkan r0h pada gambar sedemikian.

“Dah gambar itu tak bergerak maka kita cukup dah dengan gambar tersebut dan suasana begitu.

“Jangan pula kita nak menggerakkan sehingga kita menimbulkan kenangan yang lalu,” katanya menerusi sepotong video yang dikongsikan di aplikasi TikTok.

Tambahnya, seelok-eloknya perbanyakkan amalan doa bagi memudahkan urusan dan memberikan rahmat buat si m4ti.

“Bagi orang yang sudah meningg4l dun1a kita baca doa, mudah-mudahan Allah rahm4ti mereka dan Allah menjadikan kebaikan yang bertambah dalam hidup mereka.

“Bukan dengan cara mengingatkan kenangan-kenangan yang tak membangkitkan mereka,” tambahnya.

Tular baru-baru ini video yang menggunakan aplikasi di telefon pintar untuk menggerakkan imej terutama pada bahagian wajah untuk memberikan ekspresi, ri4k dan gerakan seolah-olah visual berkenaan bernyawa.

Lebih mengejutkan apabila ada yang mengaplikasikan teknologi tersebut pada foto individu yang sudah meningg4l dun1a.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber:Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*