“Ini DAH FITN4H” – Haneesya Hanee Bersuara Isu 2 Tahun Lalu

Sungguhpun isu tersebut sudah berlalu dua tahun lepas, bekas juara Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee sehingga sekarang masih dikec4m oleh netizen ramai gara-gara kontr0versi foto dan videonya ‘meraikan kejayaannya di sebuah kelab malam’ tersebar di media sosial.

Muak asyik dikutuk dengan isu yang sama walaupun perkara berkenaan sudah lama selesai, Haneesya tampil membidas kenyataan seorang netizen yang membuat tudvhan kepadanya di media sosial. 

“Saya nak betulkan SATU benda je. Saya tak pergi kelab selepas menang Dewi Remaja” 

Menurut Haneesya melalui Instagramnya, tuduhan netizen yang kononnya dia mengunjungi sebuah kelab malam sejurus kemenangan program realiti Dewi Remaja ternyata salah kerana dia tidak ke mana-mana dan hanya bersama ibu dan dua orang rakan.

Jelas Haneesya, mereka hanya meraikannya di restoran segera berhampiran dan kemudian pulang ke rumah.

Dah bertahun saya diam pasal benda ni. Tapi saya dah penat dengan benda tak betul macam ni. Tapi kat sini saya nak betulkan SATU benda je. Saya tak pegi club selepas menang Dewi Remaja.

“Lepas menang saya balik with my mom n 2 friends. Kitaorang pegi makan McDonald’s sebelah Astro tu, pegi check CCTV lepas tu I balik tido sebab penat sangat sangat,” katanya.

“Video tu video lama” 

Malah menurut Haneesya lagi, video dan foto yang menunjukkannya ‘bergembira’ di kelab malam tersebut merupakan video lama dan telah dirakam dua bulan sebelum kemenangannya di Dewi Remaja.

“Siapa yang buat cerita pegi club lepas menang tu saya tak tahu. Video tu video lama. Dah 2 bulan kot video tu diambil. It all happened before I won Dewi.

“Sebelum korang nk datang kat social media aku cakap cam ni, tak kesah tua ke muda ke, get your facts right. Ini dah FITN4H,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee)

Haneesya juga berkata, netizen di luar sana seperti seakan-akan suka melihat dia mengunjungi kelab semula dan kerap meny1ndirnya di media sosial berkaitan hal tersebut.

Nak sangat tengok aku pegi club lagi ke? Orang macam korang ni la PUNCA orang yang nak jadi baik tak nak jadi baik. Sebab mulut korang la….

“I really hope dah tak ada salah faham pasal kes Dewi ni ye. Kalau tak suka sangat ngan saya boleh block terus. I want to be a better version of myself but please don’t push me to the wall,” jelasnya lagi.

Apa-apapun menerusi komen netizen di Instagram, rata-rata mendoakan semoga Haneesya tabah dan tidak mengendahkan kata-kata orang.

Harap netizen janganlah ungkit lagi isu berkaitan hal lepas ni. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*