“Jangan Terlalu Percaya..” – Off Phone & Block Di WhatsApp, Pembantu Rumah Emma Maembong Lari Ikut Jantan

Pelakon Emma Maembong berdepan situasi cemas apabila pembantu rumah lari meninggalkan anaknya di rumah sehingga tidak tanpa dikesan.

Menurut Emma, pembantu rumahnya bertindak membawa kunci rumah, kad akses serta dua plastik besar dengan alasan mahu membuang sampah dan kemudiannya tidak muncul-muncul.

Perkongsian itu dibuat menerusi laman sosial Instagram (IG) miliknya sambil memuat naik sebuah foto dan rakaman video pembantu rumahnya sedang menjaga Shariq Qabriel.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

“Tujuan saya naikkan posting ni bukan untuk mengaibkan atau memburvkkan sesiapa. Tapi untuk orang di luar sana supaya berhati-hati dan jangan terlalu mudah percaya dengan pembantu rumah walaupun dah lama bekerja dan depan kita pura-pura baik dengan kita.

“Terus tinggalkan baby kecil dekat ruang tamu, selepas 30 minit masih tak masuk rumah.

Terus matikan hp dan block kami dekat WhatsApp, sampai sekarang tak boleh contact,” tulis Emma di ruangan kapsyen.

Malah Emma turut memaklumkan dia baharu sahaja membawa pembantu rumahnya membeli-belah telefon bimbit baru namun dia lari meninggalkan mereka sekeluarga gara-gara seorang lelaki.

Di samping itu, Emma turut menasihati orang ramai untuk sentiasa berhati-hati apabila berurusan dengan pembantu rumah.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang bersetuju dengan pendapat Emma dan berharap pemilik nama sebenar Fatimah Rohani itu tabah berdepan situasi ini.

“Kesian baby tinggal sorang. Dah layan okay tak berterima kasih. Maybe sebab terpengaruh dengan member kat luar,” kata seorang wargamaya.

“Bahaya betul sekarang ni. Susah nak percayakan sesiapa kecuali family sendiri,” komen seorang wargamaya. “Thank you kak Emma sebab ingatkan.

Semoga Allah sentiasa lindungi kak Emma sekeluarga daripada perkara yang tidak baik,” pesan seorang wargamaya. “Naib baik la dia tak bawa baby lari sekali. Dah layan baik-baik pun lari.

Yang lain nak kena maki hanum ke?” ujar seorang wargamaya. “Sebab tu saya tak percaya mana-mana Indo ni.

Cari rezeki buat cara cari rezek. Bukan buat macam negara sendiri, bikin panas,” luah seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, perkongsian Emma tersebut telah menerima sehingga 18,000 tanda suka dalam tempoh satu jam dimuat naik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*