Misha Omar Akui Minat Akim Dalam Diam, “Stacy.. Kamu Isteri Yang Bertuah”

Kepada peminat tegar Misha Omar, pasti ramai yang terub4t rindu melihat persembahan beliau pada acara penutup Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL-35) malam tadi. Misha bergandingan dengan Akim & The Majistret menyampaikan lagu  hits masing-masing iaitu Sampai Bila dan Potret versi mash-up yang cukup mantap.

Di laman instagram peribadi Misha atau lebih mesra dipanggil Kak Mitch, dia berterima kasih kepada TV3 kerana sekali mengundang membuat persembahan di majlis anugerah berprestij ini.

“AJL35.. TERIMA KASIH KEPADA PIHAK TV3 DAN TEAM PENERBITAN #AJL35 KERANA MENGUNDANG KAK MITCH UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN DI ACARA TAHUNAN YANG DINANTI-NANTIKAN OLEH SEMUA PEMINAT DAN PENGGIAT INDUSTRI MUZIK TANAHAIR.”- TULISNYA

Menceritakan pengalaman menarik bekerjasama dengan Akim, Misha berkata ini adalah peluang yang di nanti-nantikan selama ini.

“APA YANG PALING ISTIMEWA UNTUK AJL35, TELAH MEMBUKA PELUANG UNTUK KAK MITCH BEKERJASAMA DENGAN SEORANG PENYANYI LELAKI YANG DAH LAMA SAYA MINATI, MENGAGUMI DALAM DIAM.. @AKIMAHMAD”- AKUINYA.

Feel dia sedap masyaAllah”

Misha mended4hkan, Akim seorang penyanyi yang berbakat besar lagi-lagi dalam menjiwai sesebuah lagu.

“SUKA TENGOK KARAKTER DIA TU ATAS PENTAS MACAM MANA ENTAH..AND WHEN HE SINGS, FEEL DIA SEDAP MASYAALLAH. DARI TAHUN LEPAS HAMPIR DAPAT NYANYI DENGAN DIA, TAPI TIADA REZEKI. UNTUK AWAL 2021 NI..HURRAYYYY…SHOW PERTAMA UNTUK KAMI DAPAT NYANYI SAMA-SAMA. SERONOK SEMBANG DENGAN DIA NI, CERITA PASAL MUZIK, PASAL KEHIDUPAN.”

“Stacy.. Kamu Isteri Yang Bertuah”

Selain kagum dalam budang muzik, Misha menganggap Akim seorang suami dan bapa yang penyayang kerana setiap masa bersama, Akim tak putus-putus menyebut nama isterinya, Stacy.

“DIA SEORANG SUAMI & BAPA YANG PENYAYANG, NAMA ISTERINYA, STACY TAK AKAN LEKANG DARI BIBIR DAN SELALU MENGAKUI KEYAKINAN UTK MELAKUKAN APA YG DIA SUKA SEMUA DATANG DARI SUPPORT SEORANG ISTERI. AAWWWW STACY..U R SUCH A LUCKY WIFE 😘😘😘 KAK MITCH DOAKAN KORANG BAHAGIA SELALU OKAY”- TULISNYA

Di ruangan komen, terlihat Akim dan Stacy mengucapkan terima kasih kepada penyanyi berusia 39 tahun ini.

“LOVE U KAK. BANGGA DAPAT SEPENTAS DENGAN AKAK. SUARA MERDU, FEEL AKAK, DASYAT, KAGUM SAYA. TAK SANGKA DAPAT NYANYI DENGAN AKAK. TERIMA KASIH BANYAK KAK. SAMPAIKAN SALAM KAT ABANG FIROS.”- KOMEN AKIM

“LOVE U KAK MITCH!!”- BALAS STACY

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://murai.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*