Sebelum ni pernah jadi sekali, malam AJL jadi lagi Ins1den Nabila Razali ‘terkucil’. Ini sebabnya

Nampaknya pada malam ini, persembahan vokal Nabil sekali lagi mengundang ktirikan dari penonton kerana sedikit terkucil

Hampir tiga bulan berehat daripada menyanyi untuk memberi masa peti suaranya kembali sembuh, Nabila Razali berkata dia sudah bersedia beraksi di pentas AJL35, Ahad ini.

Nabila berkata bengkak bengkak di tekaknya semakin surut dan vokalnya juga sudah mengalami banyak perubahan berbanding sebelum ini.

“Saya tidak mengambil sebarang tawaran menyanyi, hanya berehat dan menjalankan terapi suara. Alhamdulillah, vokal saya semakin baik. Saya baru sahaja menjalankan pemeriksaan, doktor memberitahu ada perubahan berbanding sebelum ini.

“Bengkak semakin surut. Disebabkan itu, saya bersedia menyanyi di pentas AJL35, Ahad ini. Jika tanya mengenai keyakinan, saya percaya kemampuan diri.

“Tidak menafikan tekanan sentiasa ada, tetapi buat masa sekarang, saya lebih fokus pada diri saya. Paling penting, saya merasakan vokal saya ada perubahan daripada sebelum ini,” katanya kepada BH Online.

Kali pertama beraksi di pentas berprestij itu, Nabila akui berdebar, namun dia akan cuba sebaik mungkin memberikan yang terbaik.

“Gembira dan berdebar, semuanya bercampur baur. Namun, apa yang lebih mendebarkan adalah mempersembahkan lagu Peluang Kedua. AJL pula pertandingan karya, bukannya nyanyian,” katanya.

Menjalani latihan sejak peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-35 (SFMM35) yang lalu, Nabila berkata banyak yang perlu dpelajarinya dan akan terus mengikuti kelas vokal selepas AJL35.

“Saya berlatih tanpa henti. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya menghadiri kelas bersama Datuk Syafinaz Selamat.

“Beliau juga mengatakan vokal saya bertambah baik, tetapi sudah tentu ada banyak yang perlu saya belajar. Saya tetap akan menghadiri kelas selepas AJL35 untuk terus memantapkan vokal,” katanya.

Berdasarkan penjelasan dari Nabila, kemungkinan vokal beliau terkucil di sebabkan masalah kesihatan dimana peti suara yang belum sembuh sepenuhnya

Apa-apa pun, kita tunggu lagi penjelasan lanjut dari Nabila

Berikut pula komen dari komposer nasyid terkenal Hafiz Hamidun

“Peluang kedua adalah peluang yang paling tervk jika dibazirkan. Dan ia baru saja dibazirkan”

Terdahulu, Nabila mengambil keputusan untuk tidak membuat persembahan ketika Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) atas nasihat doktor kerana mengalami masa.lah pada bahagian peti suara.

Insid.en ‘terkucil’ Nabila Razali akui terlalu gementar dan tak jaga makan – “Saya terima komen yang sangat kej4m dan k4sar”

Terdahulu GARA-GARA terkucil ketika membuat persembahan secara langsung menyanyikan lagu Peluang Kedua, penyanyi Nabila Razali menerima kec4man hebat daripada netizen.

Hampir seminggu menyepikan diri, penyanyi tersebut akhirnya tampil memuat naik video bagi menjelaskan ins1den berkenaan.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Bella, perasaan terlalu gugup dan kurang latihan menjadi punca utama persembahannya malam itu tidak seperti dijangka.

“Apa yang berlaku minggu lepas Bella buat video ni bukan sebab nak tegakkan benang yang basah, seperti korang tengok persembahan saya sangat memalukan dan sangat kesal dengan apa yang berlaku.

“Selepas nilai balik video tu, Bella perasan lack of warm up, tak jaga makan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan lama tak perform.

“Jujur Bella cakap malam itu paling gementar buat Bella sebab tahu jangkaan orang tinggi dan semua orang nak dengar yang terbaik,” katanya.

Nabila terlalu gementar semasa membuat persembahan.

Nabila berkongsi luahan hatinya itu menerusi rakaman video di laman Youtube pada Rabu.

Sedutan rakaman nyanyian secara langsung yang terkucil itu ketika di program tersebut menjadi tular dan mengundang kritikan serta kec4man daripada netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen mempertikaikan kemampuan nyanyian pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi tersebut memandangkan kejadian itu bukan kali pertama berlaku.

Sementara itu, Nabila mengakui sebagai anak seni, dia juga adalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

“Kami anak seni sama macam anda, kita manusia biasa tak boleh lari dari buat kesilapan, cuma kesilapan kami ditonton oleh jutaan orang, Bella sedar tentang itu masa nak jadi anak seni dulu… jadi janganlah nak judge je.

Sebelum itu, Nabila buat permohonan maaf di Instagram.

“Syukur ramai mesej tanya keadaan, mereka sangat prihatin… ada yang muncul depan pintu rumah untuk tenangkan saya, saya hargai semua itu, baru saya sedar siapa kawan kita sebenar.

“Ini adalah realiti kalau di atas dipuji dan di bawah dik3ji… cuma komen yang diterima di sosial media sangat kej4m dan kasar, kalau nak komen, komenlah secara berhemah,” ujarnya.

Dalam pada itu, bekas peserta program Akademi Fantasia 2013 (AF2013) itu turut menerima sebarang komen yang ditinggalkan netizen dengan hati terbuka.

“Bella nak ucapkan terima kasih kepada semua yang bagi pendapat atas ins1den ni positif atau negatif serta menerima dengan hati terbuka dan menjadikan iktibar masa datang.

“Saya tak salahkan sesiapa kecuali diri sendiri dan ada ruang untuk perbaiki diri,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*