Netizen Ambil Langkah Berani Tegur Posting Permaisuri Agong Banyak Typ0, Ini Reaksinya

Kepada anda yang mengikuti perkembangan Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman Instagram pasti mengetahui baginda gemar memasak.

Terbaharu, beliau telah berkongsi satu resipi iaitu otak-otak Siam yang telah diolah namanya kepada otak-otak Johor.

Menurut baginda, ia adalah makanan yang dimakan sejak baginda kecil lagi dan ia bukanlah botok-botok malah makanan berkenaan adalah resipi dari Istana Johor.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang menegur bahawa permaisuri banyak melakukan kesalahan ejaan, namun beliau memahami perkara yang ingin disampaikan oleh baginda.

Menyedari kesilapan berkenaan, permaisuri agong segera menukar setiap kesalahan ejaan tersebut dan ini reaksinya membalas individu terbabit.

“Dah edit.. ibu jari besar, keyboard nya kecil,” tulisnya

Apa-apa pun, semua makanan yang dimasak oleh permaisuri nampak sedap belaka, malah baginda berbesar hati berkongsi resipi bersama rakyat.

Semoga permaisuri sekeluarga dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam keadaan baik..

Sumber foto: Instagram Air Tangan Tunku Azizah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber  :  https://www.hotfm.com.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*