#AJL35: Tukar Baju Tak Sampai 1 Minit, Shiha Zikir Dedah Rahsia Disebalik ‘Busana Ajaib’!

Nampaknya dem4m Anugerah Juara Lagu ke 35 (AJL35) masih belum berakhir dan masih hangat diperkatakan di rata-rata laman sosial sehingga kini.

Pelbagai ragam suka duka, stress, gimik dan emosi yang diberikan setiap finalis di anugerah berkenaan yang dapat kita saksikan pada malam 14 Mac lalu sehingga trending nombor 1 di laman sosial Twitter.

Antara persembahan yang menjadi sebutan di malam anugerah berkenaan adalah persembahan dari Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta dengan lagu mereka, 7 nasihat.

Apa yang menjadi tarikan ramai adalah aksi pertukaran baju Shiha yang tidak sampai 1 minit pun, kepada busana yang kedua.

Lihat video yang dikongsikan oleh Shiha ini :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)

Busana yang digayakan oleh Shiha pada malam itu rupanya dicipta oleh pereka tempatan iaitu Sabella Co, Ficreation Official, Che Wann, Vee Muhamad, Nadiadenish dan Hapy2selalu.

Wow luar biasa, bukan mudah ya nak cipta dari baju kurung ke ala-ala baju puteri gunung ledang sepantas itu!

Namun, ramai juga yang meluahkan rasa frust dan kecewa kerana g1mik busana berkenaan gagal dirakam oleh kamera semasa bersiaran secara langsung.

It’s okay guys, dapat tengok video yang dikongsikan Shiha ni pun okay lah dari tak ada kan?

Jom tonton video penuh mereka di sini :

Untuk rekod, lagu ciptaan Noki, Loca B & Ezra Kong berjaya mengalahkan 11 finalis lain dengan muncul juara di Anugerah Juara Lagu ke 35 yang disiarkan secara langsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada 14 Mac 2021.

Sumber : Instagram Shiha Zikir

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Hot Fm

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*