Tiada teman atas pelamin! Tunang tak henti sapu air mata temani perjalanan terakhir arw4h bakal isteri – “Dari usung ker4nda ke liang lah4d, dia akan ke depan”

KASIH yang disulam disangka berpanjangan hingga ke jenjang pelamin, namun tidak kesampaian apabila ajal menjemput terlebih dahulu.

Bak kata pepatah, manusia hanya merancang namun Tuhan penentu segala-galanya.

Kisah menyayat hati pasangan ini dikongikan oleh sepupu kepada arw4h bakal pengantin perempuan menerusi video di TikTok yang sehingga kini meraih hampir 310,000 tontonan.

Menerusi video tersebut, kelihatan tunang kepada arw4h tidak dapat menahan rasa sedih ketika hari pengebumian insan yang sepatutnya menjadi suri hatinya.

“Bayangkan guys, dia ni tunang kepada kakak aku… diaorang sudah persiapkan diri ke arah membina masjid. Tiba-tiba kakak aku dapat sakit dan baru menghembuskan nafas terakhir. Terima kasih abang, sudi mahu halalkan dia walaupun niat itu belum terjadi,” demikian antara bait-bait ayat yang ditulis di dalam video berkenaan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Din Amiruddin berkata kakak sepupunya yang bernama Zaimah Munaf, 28, menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu akibat sakit buah pinggang kron1k.

Arw4h Zaimah (tengah) ketika hari pertunangannya tahun lalu.

“Arw4h sudah dianggap seperti kakak kandung sendiri kerana ibu saya sudah memelihara arw4h dan dua adik beradiknya yang lain sejak kecil selepas kem4tian ibu mereka.

“Ibu saya yang merupakan kakak kepada ibu mereka, ketika itu belum dikurniakan anak selepas 10 tahun berkahwin. Hanya selepas dua tahun memelihara ketiga-tiga mereka, barulah saya lahir.

“Arw4h Kak Ema (Zaimah) sebelum-sebelum ini ada mengadu sakit pinggang namun ingatkan sakit biasa saja. Namun pada Oktober tahun lalu, baru tahu dia sakit buah pinggang… ketika tahu tu dia dah di tahap lima,” katanya yang berasal dari Sandakan, Sabah.

Cerita Din, kakaknya sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan pada pertengahan tahun lalu, selepas saling mengenali hati budi masing-masing selama empat tahun.

Arw4h Zaimah (kanan) berulang-alik ke hospital untuk menjalani raw4tan dialisis sejak disahkan menghidap sakit buah pinggang kron1k pada Oktober lalu.

Pasangan tersebut merancang untuk bernikah pada awal bulan ini sepatutnya, namun tidak kesampaian selepas Zaimah tiba-tiba jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.

“Rutin kakak memang kena cuci dar4h dua kali setiap minggu. Kira-kira seminggu sebelum men1nggal dunia, kakak jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Rupa-rupanya dia terkena j4ngkitan kum4n.

“Kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang… arw4h menghembuskan nafas terakhir di hospital pada 12 Mac lalu,” ujarnya yang juga merupakan pemilik restoran Nasi Manuk di Sandakan.

Masa hari pengebumian, ramai sungguh rakan-rakannya yang datang. Mungkin kerana ramai yang menyenangi sikapnya.

DIN AMIRUDDIN

SEPUPU

Menjelang seminggu selepas kem4tiannya, Din berkata keluarganya masih bersedih dan terkesan kerana tidak menyangka arw4h akan pergi meninggalkan mereka pada usia yang muda.

“Arwah bersama-sama saya berniaga nasi manuk di tepi jalan sebelum ini. Daripada buka payung gerai tepi jalan, hasil usaha bersama kami dapat buka restoran. Tahun ini merupakan tahun ketiga restoran kami beroperasi.

“Kiranya jatuh bangun berniaga, dia ada bersama-sama. Itu yang buatkan saya sedih. Begitu juga ibu yang memelihara kakak sejak kecil.

Kehilangan Zaimah (dua, kiri) benar-benar dirasai oleh Din kerana arw4h sama-sama membina bisnes nasi manuk.

“Namun, insan yang paling terkesan sudah tentu tunang arw4h. Ketika hari pengebumian, wajahnya sugul sangat. Banyak kali nampak dia termenung menyapu air mata. Daripada usung ker4nda hinggalah ke liang lah4d, dia akan tampil ke depan. Mahu temani perjalanan terakhir arw4h.

“Dia ada cerita, kalau lalu KFC dekat tempat kami, dia mesti menangis sebab teringat kenangan dengan arw4h sebab tempat itulah mereka mula jatuh cinta,” ujarnya.

Tidak menyangka video tersebut menjadi tular, Din berkata dia sekadar mahu mengabadikan momen tersebut di media sosial sebagai kenangan.

Arw4h Zaimah (lima, kanan) dan Din (tiga, kiri) bersama ahli keluarga dan rakan-rakan sewaktu menghadiri satu program keagamaan.

“Kalau nak tahu, arw4h ni jarang habiskan masa bermain media sosial. Tapi masa hari pengebumian, ramai sungguh rakan-rakannya yang datang. Mungkin kerana ramai yang menyenangi sikapnya.

“Alhamdulillah ramai yang mendoakan arwah kakak. Mudah-mudahan doa untuk arw4h dimakbulkan. Tak sangka ramai juga yang terkesan sebab mereka turut pernah alami detik kehilangan pasangan. Apapun, terima kasih kepada semua yang mendoakan,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*