Selepas Berbakul Kena Kec4m, Ini Jawapan Aishah Adakah Betul Dia BIock Akaun Instagram Siti Nurhaliza

Sejak beberapa hari lalu, nama penyanyi Aishah yang menggantikan posisi Datuk Siti Nurhaliza pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) tiba-tiba menjadi topik hangat dalam Twitter.

Ia susulan Aishah dikatakan menyekat akaun Instagram penyanyi nombor satu tanah air negara itu.

Mejawab persoalan itu, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin bagaimanapun berkata, dia tidak sengaja berbuat demikian kerana tidak tahu bahawa akaun berkenaan kepunyaan pelantun lagu Cindai itu.

” Semuanya bermulanya masa separuh akhir tempoh hari.

” Saya ada terbaca kutvkan berbakul-bakul orang terhadap saya yang ditulis dalam satu akaun Instagram. Jadi, saya block sahaja Instagram berkenaan.

” Senang cerita, nak buat apa pening kepala apabila dalam Instagram itu ramai yang hent4m kita,” jelas Aishah ketika dihubungi Kosmo! Online.

Kata penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu, ketika AJL35 makin dekat, barulah dia perasan bahawa dia sebenarnya telah menyekat akaun Instagram Siti atau TokTik biarpun tidak berniat berbuat sedemikian rupa terhadap penyanyi kesayangan ramai itu.

” Apabila dah dekat nak AJL barulah saya perasan ada netizen Direct Messege (DM) kata, ‘janganlah block Siti’ macam itu. Saya periksa betul-betul baru memang ter-block akaun Instagram Siti.

” Tetapi saya tahu semua ini berpunca daripada netizen yang ‘tag’ nama saya dan apabila saya baca masa itu, orang terus hent4m saya dengan kritikan mereka, saya pun block akaun tersebut.

” Saya pun keliru sebab banyak sgt Instagram nama beliau (Siti),” jelasnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu turut berdepan kec4man ramai apabila menggantikan Siti pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) mendendangkan lagu Aku Bidadari Syurgamu yang dikatakan tidak mencapai piawaian persembahan oleh kebanyakan ntizen.

Terdahulu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil melayangkan ucapan buat finalis Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang akan bertanding pada malam ini.

Ucapan itu juga khusus buat penyanyi yang bakal mewakilinya menerusi dua buah lagu berh4ntu 7 Nasihat dan Aku Bidadari Syurgamu.

Lagu 7 Nasihat akan dinyanyikan oleh Shiha bersama Kym Kmo dan Luca Sickta manakala Aku Bidadari Syurgamu akan dilantunkan oleh penyanyi legenda, Aishah.

” Kepada yang bertanding untuk AJL 35, khususnya yang pertama untuk penyanyi dan komposer 7 Nasihat iaitu Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta, komposer dan penulis lirik ABS iaitu Ippo Hafiz dan Siti Rosmizah serta penyanyi yang saya horm4ti Kak Aishah, semoga maju jaya untuk AJL ini.

” Semoga diberikan kesihatan baik, ketenangan dan selamat menghiburkan kami semua. Saya akan menonton saja di rumah dan menyokong anda semua,” katanya.

Bagaimanapun, ada yang mencetuskan tanda tanya apabila Siti tidak meletakkan nama Instagram Aishah (Aishahjmm) dalam posting terbabit.

Warganet berspekulasi pengguna Instagram tidak boleh menulis akaun pengguna lain sekiranya telah disekat.

Menerusi tinjauan Gempak, baik Siti mahupun Aishah, kedua-dua akaun terbabit tidak mengikuti satu sama lain.

Aishah bagaimanapun mendedahkan, kini dia sudah tidak lagi menyekat akaun Siti selepas menyedari kesilapan sebelum ini yang tersalah sekat akaun Siti.

Sumber:k0smo

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : http://limauais.pw/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*