Bekas suami sudah kahwin lain, sekali peminat ded4h Laudya Cynthia Bella sudah ada pengganti?

DI saat hari bahagia pernikahan Engku Emran dan Noor Nabila pada pagi Jumaat, nama bekas isteri Engku Emran, pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella turut menjadi perhatian netizen.

Menurut laporan Liputan6, rata-rata netizen mendoakan agar Laudya cepat dipertemukan jodoh dan memulakan kehidupan berumah tangga sekali lagi.

Terbaharu, pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu digosipkan bercinta dengan pelakon senegara, Dimas Beck.

Laudya dan Dimas sebelum ini pernah menjadi ahli kumpulan muzik, Bukan Bintang Biasa (BBB) yang turut disertai Raffi Ahmad, Ayushita dan Chelsea Olivia.

BBB ditubuhkan oleh komposer terkenal, Melly Goeslaw pada tahun 2006.

Maka tidak hairanlah, Laudya dilihat begitu akrab dengan Dimas seperti mana yang dig0sipkan netizen.

Namun begitu, selepas 15 tahun berkawan, kedua-duanya pernah tampil menjelaskan bahawa hubungan mesra di antara mereka tidak lebih sekadar sebagai seorang sahabat baik.

Laudya berkahwin dengan Engku Emran pada 8 September 2017 namun hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, Laudya tidak dikurniakan cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*