Elizabeth Tan Dah Kahwin?

Sebut sahaja nama Elizabeth Tan, pasti semua sudah mengenali pelakon dan penyanyi yang sangat sinonim dengan perwatakannya yang manja dan bersahaja ini.

Memang tak dapat dinafikan, Elizabeth Tan atau lebih mesra panggilan nama Lizzy mempunyai ramai pengikut di akaun media sosialnya.

Lizzy buat rakaman muzik video (Foto: Instagram Elizabeth Tan)

Sebelum ini, pernah muncul gosip dan spekvlasi yang mengatakan penyanyi yang cukup berbakat ini sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Bukan itu sahaja, Lizzy sendiri juga pernah memuatnaik beberapa foto di Instagram memperlihatkan dirinya mengenakan busana pengantin berona putih sambil memegang sejambak bunga seakan sedang menanti untuk bergelar seorang isteri.

Tetapi hasil daripada pencarian kami, Lizzy memaklumkan gimik mahu berkahwin tersebut hanyalah untuk mempromosikan lagu barunya yang berjudul BEKU.

Terbaru, seorang pengguna Facebook, David Tan Suan Chew yang mengaku sebagai bapa kepada Elizabeth Tan telah memuatnaik satu foto yang memaparkan anak perempuan bongsunya sedang berpegang tangan bersama seorang lelaki dengan berlatar belakangkan hiasan bunga-bunga seperti ‘pelamin’.

Lebih menarik perhatian ramai apabila melihat Lizzy lengkap memakai busana pengantin berwarna putih sambil tersenyum ke arah lelaki yang berdiri dihadapannya. Di Instagram, ada juga individu telah memuatnaik beberapa video dan foto sewaktu majlis perkahwinan itu berlangsung. Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada memang benar Elizabeth Tan sudah menamatkan zaman bujang ataupun tidak. Hal ini kerana, sehingga kini tiada sebarang respon yang diterima daripada tuan badan sendiri.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Ohbulan

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*