“Berhijab Tapi Hati Bvsuk” – Marsha Milan

Pelakon Marsha Milan menegaskan tidak punyai sebarang masalah untuk melakonkan watak ant4gonis bertudung.

Jelas Marsha, biarpun ada segelintir pelakon yang enggan menerima peranan sedemikian namun baginya, watak berkenaan hanya lakonan semata-mata dan tidak merujuk kepada mana-mana pihak. “Itu pilihan masing-masing.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan)

Bagi saya, kita kena fikir dari sudut lakonan. Mungkin dalam dunia realiti, ada orang yang berhijab tetapi hati busvk tapi kita tidaklah potretkan itu.

“Saya cuma lakukan watak ini dengan jayanya dan bagaimana produser atau penulis skrip mahukan watak Nurul Huda dijayakan. “Terpulang kepada individu masing-masing.

Kalau tidak kisah, buat untuk sebuah lakonan,” ujarnya. Terbaharu, Marsha diberikan peranan sebagai watak ant4gonis bertudung labuh dalam drama terbaharu Rindu Awak Separuh Nyawa bergandingan bersama Uqasha Senrose dan Shukri Yahaya.

Bercerita mengenai cabaran melakonkan watak ant4gonis wanita berhijab kata Marsha, menjadi Nurul Huda memerlukannya menjaga keayuan dan kesopanan dalam berpakaian.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan)

“Susah untuk Marsha ‘maintain’kan tudung tu sebab Marsha seorang yang hyper.

“Susah sangat nak buatkan tudung tu bertahan lama dalam set, selalu senget, owning jatuhlah.

“Mungkin sebab Marsha, belum biasa berhijab, jadi agak sukar untuk biasakan diri untuk kelihatan sentiasa kemas.

“Nurul seorang yang ayu, jadi Marsha kena pertahankan keayuaan dan kecantikan dari segi kekemasan dan berpakaian.

“Karakter sebenar Marsha merupakan seorang yang happy go lucky dan untuk watak Nurul, Marsha kena ‘play low’. Sama sekali berbeza dengan watak Marsha.

“Itu yang kadang-kadang tersasar, jadi terhyper pula watak Nurul. Nasib baik ada team yang selalu ingatkan untuk maintain watak Nurul Huda,” katanya.

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai watak bertudung labuh ini, saksikan episod pertama Rindu Awak Separuh Nyawa pada malam ini menerusi slot Megadrama.

Rindu Awak Separuh Nyawa disiarkan secara eksklusif di saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*