“Dulu nak makan pun susah, badan kurus” – Remaja miskin, terc1cir pelajaran seb4k dapat peluang kedua… syukur mampu bantu mak ayah

KALAU bukan diri sendiri, siapa lagi yang nak ubah nasib kita?

Begitulah juga kisah dua remaja ini yang menjadi antara peserta Program Pembangunan Insan yang membantu golongan remaja dan belia B40 yang tidak mempunyai pekerjaan tetap akib4t terc1cir dalam pelajaran dan dibelenggu kemiskinan.

Menurut Muhammad Shafiq Mohammad Hamizulyusri, 19, dari Kuala Lumpur, dia bersyukur apabila berjaya mencari pendapatan sendiri selepas menyertai program itu sejak tahun lalu.

“Sebelum ini saya tak bekerja. Saya lepasan tahfiz dan belajar sehingga tingkatan tiga sahaja. saya sertai program ini sebab nak ubah hidup.

“Dulu sekadar suka lepak-lepak, tolong-tolong kerja kat kedai burger dekat kawasan flat. Dulu nak makan pun susah, badan kurus.

“Alhamdulillah dah sembilan bulan saya bekerja dan ada gaji tetap. Impian saya cuma nak bahagiakan mak ayah,” ujarnya sebak.

Muhammad Shafiq sebelum ini menyertai modul program itu secara teori selama lapan hari sebelum diberi peluang menjalani latihan industri di sebuah kilang pembuatan sarung tangan di Lembah Klang selama enam bulan.

Muhammad Shafiq gembira dengan perubahan yang berlaku dalam hidupnya sekarang.

Tamat latihan itu, Muhammad Shafiq meneruskan kerjayanya di kilang sama dan bersyukur kini nasibnya semakin berubah ke arah yang lebih positif.

Selain Muhammad Shafiq, seorang lagi peserta, Noor Hayaadila Saude, 21, dari Pasir Putih, Kelantan, mengakui baru pertama kali menjejakkan kaki ke ibu negara demi menyertai program itu pada tahun lalu.

Sama seperti Muhammad Shafiq, dia juga telah melengkapkan latihan industri dan kini menyambung kerjaya di kilang itu.

“Dulu saya berniaga makanan steamboat di kampung. Saya belajar sehingga peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Noor Hayaadila merupakan salah seorang peserta program itu yang sudah berjaya mendapatkan pekerjaan tetap.

“Ayah dah tak ada, mak tukang jahit. Alhamdulillah bila dah bekerja dapat bantu keluarga. Baru-baru ini dapat beli hadiah hari lahir untuk mak,” ujarnya lagi.

Selain dirinya, dua lagi adik kembarnya iaitu Noor Sharipahtul Akma dan Noor Sharipahtul Akimah, masing-masing berusia 19 tahun turut mengikuti program sama untuk mengubah nasib keluarga.

Dalam pada itu, pengasas Program Pembangunan Insan, Dr Zamri Noordin berkata, pihaknya komited dalam membantu golongan tercicir pendidikan dan belia B40 dalam mencari pekerjaan tetap demi masa depan mereka.

Pengasas Program Pembangunan Insan, Dr Zamri Noordin.

Namun sebelum dihantar menjalani latihan industri, mereka akan menyertai kelas selama lapan hari yang menekankan beberapa modul untuk memberi kemahiran insaniah kepada mereka.

“Semua anak-anak ini kami jumpa melalui wakil-wakil masyarakat, kami pujuk untuk mereka masuk. Kita juga buat perjanjian dengan industri untuk bekalkan sejumlah pekerja.

“Teori selama lapan hari dan enam bulan di industri terpilih. Selepas tamat, mereka akan ditawarkan kerja. Sama ada mahu kekal di tempat sama atau tak mahu teruskan pun tak apa,” ujarnya.

Pada Ahad, seramai 58 peserta program itu diraikan dalam majlis Penganugerahan Pensijilan Pembangunan Kerjaya di sebuah hotel di ibu negara.

Antara lepasan program itu yang diraikan pada Ahad.

Melalui program oleh pihak Insan Development Academy itu, peserta turut dianugerahkan Pensijilan Profesional Pembangunan Kerjaya yang diiktiraf oleh UTMSPACE dan diberikan tawaran kerja di industri terpilih oleh pihak Manforce Group Berhad.

Program itu turut diselaras dengan memberi tumpuan kepada empat daripada 17 kluster Sustainable Developement Goal United Nations (SDG UN) iaitu Kerjasama, Peluang Pelajaran, Keluar dari Kemiskinan dan Pekerjaan dan Ekonomi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*