“Kali Pertama Jumpa, Saya Yang Mengg3letiis Nak Kahwin Dengan Dia” – Sharifah Sakinah

Sudah pun bertunang dengan jejaka berasal dari Sweden, Michael Hansen, pelakon Sharifah Sakinah berkongsi cerita perkenalan kali pertama dengan bakal suaminya di sebuah gimnasium.

Menurut Sakinah, ketika jumpa buat pertama kali dia sudah jatuh hati dan rasa mahu terus berkahwin dengan jejaka itu.

“Kali pertama jumpa, memang saya yang ‘menggeletis’ dan terus rasa nak berkahwin dengan dia. Terus saya kenalkan diri sebagai artis siap tunjuk Instagram sebab takut kehilangan dia,” katanya.

Lebih lucu, Sakinah membawa sehingga 40 orang sebagai peneman yang terdiri daripada pengurus, jurusolek dan teman terdekat termasuk rakan sekolah rendah untuk menemani ketika pertama kali keluar ‘dating’.

“Saya takut nak keluar berjanji temu berdua. Jadi saya bawa sampai 40 orang kenalan untuk menemani sampai Michael pening kepala sebab ramai sangat. Sedangkan dia datang seorang diri ketika itu. Tapi dia okey sahaja,” katanya.

Merancang untuk melansungkan majlis pernikahan pada 28 Mei depan, Sakinah bagaimanapun menolak untuk mengadakan majlis secara virtual.

“Tak mahulah kahwin virtual! Tak seronok, rasa tak meriah. Lepas kahwin mestilah nak pegang-pegang tangan. Kalau virtual nanti, lepas kahwin nak buat apa? Tengok TV?

“Teringin juga nak pakai baju nikah cantik-cantik. Tapi apa pun tengok dulu keadaan sebab kalau keluarga sebelah sana (Sweden) nak datang sini, mereka perlu kuarantin selama 14 hari,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://kisahbena.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*