Pernah Kena S4ntau, Ezlynn Ded4h M1steri Serbuk Berpasir Dalam Stor Rumah!

“Kebanyakan pak4r perub4tan Islam yang saya jumpa, memang mengatakan ada orang yang nak sampaikan sesuatu, nak bagi kita nampak buruk.” Itu pengakuan penyanyi, Ezlynn yang beberapa kali terjumpa serbuk berpasir m1steri di rumahnya sebelum ini.

Menurut Ezlynn atau nama sebenar, Azline Ariffin,40, dia bagaimanapun tidak mengetahui siapakah individu yang ‘menghantar’ benda tersebut.

“Dia bukan s4ntau, tapi ia berkaitan dengan amalan ‘pel4lau’. Rumah saya besar, duduk pula seorang. Ia ‘diletakkan’ di tempat kasut di dalam stor.

“Saya jarang ke sudut tersebut. Pada awal saya jumpa, tak kisahlah… saya ingatkan pasir, mungkin saya fikir ia datang daripada tapak kasut.

“Tapi kasut tersebut saya tidaklah pakai untuk masuk hutan, rasa pelik juga. Namun saya tetap sapu sehinggalah kali kedua saya jumpa benda yang sama beberapa bulan selepas itu, buatkan hati saya terdetik.

“Jadi saya kumpul dan tunjuk pada mereka yang lebih arif, mereka kata kemungkinan ia berkaitan dengan perkara yang tak baik,” katanya.

Ditanya sama ada dia berubat bagi mengekang perkara tersebut dari terus berulang, pelakon filem Zombi Kampung Pisang itu memberitahu, dia dinasihatkan untuk melindungi diri dengan mendekatkan diri dengan Allah SWT selain membaca ayat suci al-Quran.

“Sebelum ini saya pernah kena santau dan pernah berjumpa dengan ustaz untuk berubat. Katanya, orang yang ‘buat’ kita ni akan cuba untuk ‘buat’ kita sampai bila-bila. Dia tak kan berenti dan puas hati.

“Jadi, saya sendiri yang perlu ubah cara hidup, maknanya jaga solat. InsyaAllah ia boleh sembuh dengan sendirinya. Setiasa dekatkan dirinya dengan Yang Maha Pencipta.

“Malah bila baca al-Quran, ia sudah lengkap untuk diri kita, baik dalam soal kesihatan dan segala-galanya.

“Saya cuba amalkan sebagai pendinding diri sendiri. Sekarang perkara itu tidak berlaku lagi. Alhamdulillah. Saya tidak rasa takut atau bimbang sebab Dia ada,” katanya lagi.

Ezlynn ditemui pada majlis pelancaran Sabun Toyyib, sabun pewangi dengan tekonolgi Endcap pertama di Malaysia dan berstatus halal di Klang, Selangor, baru-baru ini.

September lalu, penyanyi Hi Hi Bye Bye ini tertanya-tanya apabila beberapa kali terjumpa serbuk berpasir di salah satu sudut kediamannya.

Malah menerusi perkongsiannya di Instagram sebelum ini, serbuk berkenaan sentiasa ada di tempat tertentu biarpun telah dibersihkan berkali-kali.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*