Ayah nak kahwin biarkan… tapi mama tak perlu, kata Engku Aleesya

Setelah hampir tujuh tahun bergelar ibu tunggal, selebriti sensasi Erra Fazira tidak menolak takdir tuhan untuk mendirikan rumahtangga andai bertemu dengan lelaki yang sesuai dengannya.

Menurut Erra, dia hanya akan meneruskan hasratnya itu jika mendapat persetujuan daripada anak tunggalnya, Engku Aleesya.

“Saya okey sahaja kalau anak okey tapi kalau ada jodoh, adalah nanti.

“Saya pernah usik dia (kalau saya nak kahwin lagi), tapi dia cakap ayah nak kahwin, biarkan ayah kahwin tapi mama tak perlu (kahwin).

“Saya harap dia cuma bergurau sahajalah cakap begitu (tertawa),” 

Erra berkata Aleesya cukup teruja kerana akhirnya dia mempunyai adik, iaitu Jebat Jayden Ahmad yang merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Nabila dengan bekas suami, aktor Sharnaaz Ahmad.

“Aleesya gembira sangat sebab dapat adik, dia memang sayang sangat dengan Jayden.

“Saya selalu nasihatkan dia sayang adik, jaga adik baik-baik. 11 tahun dia seorang, jadi memang dia agak kekok sedikit tapi saya harap dia jadi kakak yang baik sebab impiannya nak jadi kakak dah tercapai.

“Di bibirnya, dia selalu bercerita tentang kebijaksanaan Jayden, dia kata adiknya itu smart boy, memang dia sayang sangatlah pada Jayden,” katanya.

Untuk rekod bersama, Erra sebelum ini pernah berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 namun hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka disahkan berce.rai pada 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar OnIine via www.seleksinetwork.pw

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*