Muat Naik Foto Manis Berbaju Kurung, Mira Filzah Ditegur Netizen

Baru-baru ini, pengacara dan pelakon Mira Filzah telah memuat naik beberapa keping foto memaparkan dirinya menggayakan baju kurung berona merah hati menerusi laman Instagram miliknya.

Mira melalui kapsyen foto terbabit menyatakan baju tersebut dipakai bagi tujuan penggambaran sebuah program yang akan disiarkan pada bulan Ramadan.

Walaupun beliau sekadar menggayakannya kerana mahu mempromosi sebuah jenama, ruangan komen foto tersebut dihujani reaksi-reaksi yang baik selain ramai memuji kejelitaan yang dimiliki Mira.

Bagaimanapun, terdapat satu komen yang turut menarik perhatian ramai apabila seorang individu menegur berkenaan aurat pengacara yang mengendalikan program Nona itu.

Semoga Mira terbuka untuk menerima setiap teguran dan nasihat daripada individu ini yang bukan sahaja memberi peringatan buat pelakon yang popular menerusi drama Cinta Si Wedding Planner itu, bahkan buat dirinya sendiri.

Sumber foto: Instagram Mira Filzah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*