Mona Allen Mengaku Rumah Tangga Dengan Pekin Terganggu! Angkara Orang Ketiga

Mona ketika ditemui Gempak berkata, dia dan Pekin tidak bertegur sapa seperti kebiasaan walaupun mereka tinggal sebumbung. “Memang Salina memberi kesan kepada hubungan kami suami isteri.

Saya dan Pekin tidak bercakap walaupun kami tinggal serumah. “Malah selama 22 hari Pekin terpaksa tidur di luar.

Tak tahulah sebab merajuk atau memang dia sengaja nak biarkan saya tidur seorang diri,” katanya yang mengakui terbawa-bawa watak Salina sehingga ke luar set penggambaran.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mona Allen🌙 (@mona.allen)

Kata Mona lagi melakonkan watak Salina dalam filem bergenre Psychological Thriller berjudul Salina merupakan percubaan pertamanya.

Tambahnya, peranan tersebut sangat mencabar kerana selain memegang watak berat dia juga terpaksa berlakon dengan suami sendiri.

“Tak mudah berlakon dengan suami sendiri. Tambah-tambah lagi dia pun pelakon juga. Jadinya dua-dua tidak boleh ditegur.

“Dua-dua pun rasa ada kelebihan masing-masing, jadi bila salah seorang tegur yang seorang lagi akan terasa,” katanya ketawa.

Sementara itu bagi Pekin pula, walaupun pelbagai cabaran ditempuhi dalam rumah tangganya dan Mona sepanjang penggambaran Salina namun berjaya mengatasinya.

“Mula-mula saya ingat senang kalau berlakon sekali dengan isteri ni…Rupanya tidak. Tapi bagi saya ia satu proses yang bagus kerana sekurang-kurangnya dia (Mona) dapat menjiwai watak dengan baik.

“Di set saya terpaksa ‘bincang tepi’ dengan pengarah Raja Muhkriz sebab kalau nak tegur sendiri karang bini kecil hati. “Cukuplah 22 hari tidur luar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mona Allen🌙 (@mona.allen)

Alhamdulillah lah saya boleh handle masalah yang timbul dalam rumah tangga kami sepanjang tempoh tu.

“Bayangkanlah dalam kereta duduk sebelah menyebelah tetapi tak bercakap sampai la ke tempat penggambaran.

“Tapi jangan risau, sekarang ni semua dah kembali normal,” katanya.

Pekin dan Mona ditemui ketika majlis pra tonton filem tersebut di e@curve pada malam Selasa. Filem arahan Raja Mukhriz ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 25 Mac 2021.

Selain Pekin dan Mona, turut membintangi filem Salina ialah peragawati popular Alicia Amin dan Sharifah Shahora.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*