Yakinnya! Pengguna Twitter Dakwa Neelofa & Pu Riz Nikah Jumaat Ini, Siap ‘Bocorkan’ Lokasi Majlis

Desas-desus majlis perkahwinan pengacara dan usahawan fesyen muslimah Noor Neelofa dengan pendakwah bebas PU Riz bertiup kencang apabila semakin ramai wargamaya yang berkongsi informasi tentang perkara tersebut.

Terkini, seorang pengguna Twitter berkongsi info tentang lokasi majlis perkahwinan pasangan tersebut yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

“Neelofa dan PU Riz bakal mendirikan rumah tangga Jumaat ini dan difahamkan majlis meraikan pasangan selebriti itu akan diadakan di The St.

Regis, Kuala Lumpur,” tulisnya menerusi satu ciapan pagi tadi.

Perkongsian yang seperti ‘mengesahkan’ lagi spekulasi perkahwinan pasangan tersebut ternyata mengejutkan wargamaya.

Apa lagi sejak spekulasi pernikahan mereka yang didakwa bakal berlangsung hujung minggu ini, pihak Neelofa mahupun PU Riz belum memberi kenyataan rasmi kepada pihak media.

Malah, usaha Gempak menghubungi pihak pengurusan Neelofa sejak gosip pernikahannya tersebar semalam dan hari ini belum menerima sebarang respons.

Sementara itu, Awani melaporkan sumber mengesahkan Neelofa, 32, dan PU Riz, 26, akan menikah di sebuah hotel di kawasan KLCC pada hari Sabtu.

Majlis yang akan mematuhi SOP itu hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekat mereka. Walaupun sehingga artikel ini ditulis belum ada kenyataan rasmi yang diberikan, Gempak mendoakan semoga segala apa yang dirancang Neelofa dan PU Riz dipermudahkan serta berjalan dengan lancar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*