Baru je Neelofa tayang jari berinai seperti org nak kahwin, Sekali Noor Kartini muat status ni

SATU demi satu ‘petunjuk’ mula muncul bagi menguatkan khabar angin mengenai perkahwinan Noor Neelofa Mohd Noor dengan Pencetus Ummah (PU) Riz yang dikatakan akan berlangsung dalam masa terdekat.

Selepas memuat naik tiga potongan doa meminta orang ramai mendoakan urusannya dipermudahkan, kali ini inai pada jarinya pula menjadi topik sebutan netizen.

Menerusi Instastory, Neelofa, 31, berkongsi video dia mempromosikan produk makanan tambahan jenamanya.

Namun apa yang menarik perhatian ialah inai pada jari tangan kirinya kelihatan seperti kebiasaan dipakai oleh bakal pengantin baharu.

Ini kerana jika diperhatikan pada foto-foto terdahulu, dia hanya mengenakan inai pada bahagian kuku sahaja.

“Kira betul la ya Neelofa nikah esok? Sebab dia pakai inai penuh?

“Neelofa pakai inai penuh kat jari, tak sabar nak tunggu hari bahagiannya. Terujanya,” tulis peminat di laman Twitter.

Walaupun timbul pelbagai dakw4an dan spekulasi, namun sehingga kini baik Neelofa atau Riz masih mengunci mulut tentang perkara itu.

Terdahulu Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed dan adik beradiknya bertindak ‘unfollow’ PU Riz dalam IG, selain memadam foto ketika majlis perisik. Noor Kartini dilihat ‘unfollow’ PU Riz sejak awal bulan lalu.

Menerusi perkongsian dalam IG Story, Noor Kartini menyindir mengenai tidak masuk syurga apabila menjadi ‘pemutvs’ hubungan kekeluargaan, selain memohon perlindvngan Allah SWT daripada perkara burvk.

Pada Rabu, Neelofa memuat naik hantaran tiga potongan doa memohon orang ramai mendoakan agar segala urusnya dipermudahkan.

Gara-gara perkongsiannya itu, ramai peminat mengandaikan ia berkaitan majlis perkahwinannya dengan Riz atau nama sebenar Haris Ismail, 26.

Selain itu, foto-foto kolaj di belakang doa tersebut turut memaparkan seorang wanita sedang melakukan fitting pakaian pengantin di sebuah butik.

Ibu pula sibuk masak kenduri, tunjuk periuk besar

Hal tersebut memperkuatkan lagi dakwaan bahawa dia akan bernikah pada Sabtu seperti yang did4kwa oleh netizen sejak beberapa hari kebelakangan ini. Majlisnya juga akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur secara tertutup.

Masak istimewa, ada kenduri

Selain daripada jarinya yang sudah berinai, ibunya, Noor Kartini turut dilihat sibuk di dapur apabila berkongsi video di IG story sedang memasak makanan dalam kuantiti yang banyak dengan memberi hint akan membuat kenduri pada malam nanti.

Pastinya perkongsian-perkongsian tersebut membuatkan para peminat Neelofa tidak sabar menanti detik bahagia usahawan terbabit dengan pendakwah muda, PU Riz yang difahamkan akan berlangsung dalam masa terdekat.

Sebelum ini, ada khabar angin memaklumkan bahawa Neelofa dan PU Riz akan bernikah pada hari Jumaat atau pun Sabtu dalam majlis tertutup. Manakala majlis meraikan pasangan tersebut akan berlangsung di The St. Regis Kuala Lumpur.

Neelofa juga sempat memohon doa agar segala urusannya dipermudahkan dan berharap semuanya berjalan dengan lancar.

Pasangan ini dikatakan bakal bernikah hujung minggu ini.

Pasangan ini dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada Jumaat atau Sabtu ini dan bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Pada Disember tahun lalu, Neelofa dalam kenyataannya menafikan dakwa4n sudah melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.

Neelofa turut menafikan tuduh4n yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang kepada pendakw4h muda itu.

Kisah hubungan cinta pasangan ini mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga Riz.

Bagaimanapun pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin terbabit di jari manisnya sekaligus membuktikan hubungan cinta mereka masih berada dalam keadaan baik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Rotikaya

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*