Mahk4mah Tolak Permohonan Serina Redzuawan Fail Rayuan Balas Hak Penjagaan Anak Lelaki

Mahk4mah Rayuan Syariah Shah Alam menolak permohonan pelakon dan pengacara terkenal, Serina Redzuawan untuk mendapatkan lanjutan tempoh masa memfailkan rayuan balas atas hak jagaan anak lelakinya, Tristan Tareef yang diberikan kepada bekas suaminya, Gavin Edward O’luanaigh.

Penghakiman dibuat Hakim Datuk Mohd Shukur Sabudin, Datuk Mohd Radzi Abd Latif dan Datuk Jasri @ Nasip Mat Jakir.

Mahk4mah memutuskan bahawa Serina tidak mempunyai alasan yang munasabah serta tidak dijelaskan di dalam afidavitnya berhubung kelewatan 19 hari memfailkan permohonan tersebut.

Oleh itu Serina didapati gagal memberikan alasan yang musabah dan melengah-lengahkan prosiding mahk4mah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Serina Datuk Redzuawan (@serinaredzuawan)

Sementara itu, peguam yang mewakili Gavin, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dalam prosiding turut menjelaskan Serina tidak boleh membangkitkan rayuan terhadap hak jagaan anak yang diberikan kepada Gavin.

“Rayuan Gavin terhadap perintah hak jagaan anak perempuannya, Isabella Saffiya O’luanaigh yang diberikan kepada Serina telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 27 Mei ini.

“Mahkamah Rayuan hanya akan mendengar rayuan Gavin iaitu perintah yang memberikan hak jagaan kepada Serina iaitu Isabella,” katanya kepada pemberita di Shah Alam pada Rabu.

Gavin diwakili Zainul Rijal dan Muhammad Shafiq Ibrahim manakala Serina pula diwakili peguam Datuk Seri Amli Embong. Pada Ogos lalu, Mahk4mah Tinggi Syariah Shah Alam memberikan hak penjagaan Isabella kepada Serina, manakala anak sulung, Tristan mereka pula diberikan kepada Gavin.

Serina yang juga anak kepada chef selebriti, Chef Wan menikahi warga Britain, Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010.

Rumah tangga pasangan itu, bagaimanapun, hanya bertahan selama tujuh tahun apabila mereka bercer4i pada 1 Ogos 2017 di Mahk4mah Syariah Petaling Jaya dengan t4lak satu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*