Siapa Letak Hadiah Dalam Kotak Mask, Gadis Tak Sangka Bapa Hadiahkan Gelang Emas

Ibu bapa mana yang tak mahu anak kesayangan mereka gembira. Apa sahaja kemahuan anak pasti akan dituruti asalkan anak-anak bahagia. Namun bagi gadis ini, dia tidak menyangka ibu bapanya membuat satu kejutan yang benar-benar meruntun jiwa.

Gigih ayah balut hadiah pukul 1 pagi

Video gadis dikenali sebagai ArifahRahim ini tular di Tiktok apabila si ayah gigih membalut hadiah buat anak yang tersayang. Lebih mengujakan apabila bapanya sengaja membalut hadiah tersebut dengan beberapa lapisan. Siap letak dalam kotak pelitup muka lagi.

Namun gadis ini mula teruja apabila melihat seutas gelang emas di kotak yang terakhir. Terus menitis air mata! Menurut gadis ini, ayahnya membalut kesemua hadiah itu pada pukul 1 pagi demi nak buat kejutan untuk dirinya,

Para pengguna yang menyaksikan video itu turut ‘sebak’ melihat kepada reaksi dua beranak ini

Saya datang dari keluarga biasa je. Tahun lepas pernah cakap dengan mak bestnya kalau dapat pakai emas.

Video penuh

Memang sedih!

Sumber: ArifahRahim

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*