Terkes4n kata-kata seorang rakan, wanita ini segera ucap syahadah… tapi tak beritahu sesiapa selama 2 tahun – “Saya lomp4t-lomp4t agama tapi tak dapat jawapan”

 

DI MANA ada kemahuan, di situ ada jalan.

Pepatah tersebut sesuai bagi menggambarkan situasi seorang wanita mualaf ini yang begitu bersungguh-sungguh mempelajari asas mendirikan s0lat.

Video yang dimuat naik di TikTok, yang mana dia berkongsi kaedah yang dilakukan bagi memudahkan bacaan surah lazim ketika dalam s0lat meraih perhatian ramai yang meluahkan rasa kagum dengan usaha yang dilakukan.

Menerusi vide0 tersebut, Cristina berkongsi kaedahnya menulis ayat-ayat daripada surah lazim di atas sekeping kertas lukisan dalam bahasa rumi dan diletakkan di hadapan sejadah ketika mendirikan s0lat.

“How I learn new surah for my prayers on my own (Bagaimana caranya saya mempelajari surah baharu untuk solat),” tulisnya pada kapsyen vide0 tersebut sehingga mendapat lebih 130,000 jumlah tontonan.

Video TikTok Cristina mengenai kaedah yang diamalkan untuk mempelajari surah lazim menjadi tul4r.

Berkongsi cerita dengan mStar, Cristina Chew ini mengakui perjalanannya sebagai seorang saudara baharu tidaklah mudah, namun segala-galanya ditempuhi dengan tabah dan bersemangat.

Dilahirkan dalam sebuah keluarga berag4ma Bvddha, Cristina mended4hkan dia pernah menjadi penganut Kr1stian dan Athe1s sebelum mengvcap dua kalimah syahadah secara rasmi pada Januari 2019.

“Sebelum ini saya melompat-lompat ag4ma untuk mencari jawapan kepada soalan dalam kepala iaitu si4pa tuhan. Namun tak dapat jawapannya. Masa melanjutkan pelajaran, saya bertemu dengan ramai rakan Muslim daripada negara asing.

“Saya bertanyakan soalan-soalan yang berlegar dalam kepala dan mereka sangat terbuka menjawabnya. Dengan mereka, saya berani bertanya dan mereka tak pernah paksa saya.

“Saya tersentuh apabila pertama kali melihat rakan satu bilik di kolej mendirikan solat. Kagum bagaimana mereka dirikan s0lat lima kali sehari. Saya juga banyakkan research sendiri dan banyakkan bacaan mengenai Islam ketika itu.

Cristina banyak mengambil inisiatif sendiri untuk lebih mendalami perkara asas solat.

“Dan daripada situ, saya dapat rasakan yang Islam adalah agama pilihan saya. Tapi saya tak pernah berterus terang dengan sesiapa pun… saya berpura-pura seolah-olah saya hanya ‘curious‘ saja,” ujarnya.

Menurut Cristina yang berasal dari Klang, Selangor, pertemuannya dengan seorang rakan beberapa tahun lalu benar-benar mengetuk pintu hati seterusnya membuatkan dirinya nekad mahu mem3luk Islam.

“Masa itu saya ‘kant0i’ bila kerap bertanya beberapa soalan. Dia bertanya sama ada saya nak pelvk Islam tapi masa tu saya berdalih lagi. Kemudian dia kata sesuatu yang benar-benar beri tamp4ran.

“Katanya, kita tak tahu bila aj4l akan datang. Mendengar katanya, saya kemudian ucap kalimah syahadah. Namun saya langsung tak beritahu sesiapa… semua ibadat saya lakukan sembunyi-sembunyi,” katanya yang merupakan seorang Pereka Kandungan (content creator).

 

Saya ingat lagi peristiwa dijerkah seorang wanita di sebuah surau kerana dia tegur pemakaian telekung saya. Memang sangat malu sampai lama saya tak ke surau. CRISTINA CHEW MUALAF

Tambah Cristina, dua tahun lamanya dia menyembunyikan tentang kalimah syahadah yang diucapkannya sebelum memelvk Islam secara rasmi di sebuah masjid di Shah Alam pada Januari 2019.

“Keluarga saya penganut Bvddha k0nservatif… memang tak mudah pada mulanya. Mereka sedih namun perasaan bimbang saya tingg4lkan keluarga itu lebih besar. Namun saya kata, saya tetap bersama mereka.

“Buktinya, dua tahun lamanya saya tinggal serumah sebelum berpindah baru-baru ini. Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan.

“Saya lega selepas terbuka dengan pengislaman diri, namun ujian demi ujian menjengah. Krit1kan, kata-kata teguran yang agak kas4r adalah di antaranya sehingga saya hadapi ‘mild depressi0n’.

“Saya ingat lagi peristiwa dijerkah seorang wanita di sebuah surau kerana dia tegur pemakaian telekung saya. Memang sangat malu sampai lama saya tak ke surau,” ujar ibu tunggal kepada seorang anak ini.

Cristina kini bergelar seorang Pereka Kandungan (content creator).

Bagaimanapun ujar Cristina, dia semakin pulih daripada tekanan yang dialami selepas berjuang hampir setahun.

“Alhamdulillah, saya makin baik hari ke hari. Solat benar-benar membuatkan saya tenang. Ia bangkitkan kembali semangat yang runtuh.

“Saya bersyukur, sedikit sebanyak perkongsian di laman sosial mendapat komen yang positif dan membina. Doa yang dititip netizen juga menjadikan saya kuat semangat. Saya tak sempurna, namun lebih baik jika dibandingkan dengan diri serta gaya hidup masa lalu.

“Banyak lagi yang perlu saya belajar. Saya muat naik kerana nak kongsi perjalanan hijrah sendiri… dan mana tahu, ia juga boleh membantu orang lain yang hadapi situasi yang sama seperti saya.

“Selain itu, saya nak tekankan pentingnya menuturkan kata-kata yang baik ketika menegur saudara baharu khususnya. Kamu tak tahu ‘struggle’ yang dihadapi setiap orang. Daripada krit1k, seeloknya kita berdoa untuknya,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*