[Vide0] Lelaki Terkeejut Rumah B@njir Lepas Bangun Tidur, Rupa-Rupanya Kucing Buka Paip

 

Cuba bayangkan, anda baru sahaja bangun daripada tidur dan tiba-tiba rumah anda banjir. Inilah yang terjadi kepada seorang lelaki dari Singapura yang dikenali sebagai Zul.

Namun, banjir tersebut bukanlah disebabkan oleh hujan lebat, tapi kucing-kucingnya buka paip air semasa dia tengah tidur pada waktu tengah malam! Kisah ini dik0ngsikan oleh Zul dalam satu video yang dikongsikan di TikTok.

Menurut Zul, ini bukanlah kali pertama rumahnya tiba-tiba ‘banjir’ disebabkan kenakalan kucing-kucingnya, sebelum ini juga pernah terjadi kejadian yang sama.

“Dia b0leh main air…yang kena bersih aku. Nasiblah parents aku takde”, ujar Zul dalam videonya.

Lucunya dalam video tersebut, kucing-kucingnya tanpa rasa bers4lah melompat-lompat di lopakan air seperti dunia ini mereka yang punya. Malah, kelihatan seekor kucing sedang duduk di paip air yang mengalir, seolah-olah dia ialah penjaga paip tersebut.

VIDEO:

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Zul dan kucing-kucingnya. Malah, ada yang beranggapan mungkin kucing tersebut mahu mandi di k0lam kerana kepanasan di musim panas ini.

Siapa pernah kena situasi yang lucu melibatkan kucing? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber:Lobakmerah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*