“Ada orang d3ngki dekat mu!” – Setengah tahun adik mer4cau, rupa-rupanya ada orang t4nam patung hitam dekat rumah

SUNGGUHPUN kita sudah memasuki era moden, percaya atau tidak, masih wujud individu yang menggunakan kaedah s1hir khususnya bagi menj4tuhkan mvsuh atau orang lain yang tidak disukai.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, seorang pengguna media sosial memuat naik satu video yang memaparkan penemuan barang s1hir yang didakwa ditanam pihak tak bertanggungjawab berhampiran kediamannya.

“Ini barang yang dit4nam area rumah… mujur jumpa,” demikian kapsyen pada video tersebut.

Sehingga kini, ia meraih lebih daripada 1.3 juta jumlah tontonan dalam tempoh 24 jam dimuat naik!

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Mimie Yasmie berkata ‘bahan s1hir’ tersebut ditemui selepas keluarganya memanggil seorang pengamal pervbatan tradisional untuk mer4wat adiknya.

“Sebetulnya kami sekeluarga tak tahu benda itu dit4nam oleh siapa, atau kepada siapa ia ditujukan. Yang pasti ia dit4nam dan ditemui di satu lokasi antara kediaman saya dan kediaman adik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kami tinggal berselang blok sahaja di kawasan perumahan ini. Lokasi tempat benda yang dit4nam itu di tepi jalan di laluan rumah kami berdua.

“Sebenarnya kalau ikutkan, dah hampir setengah tahun adik saya mengalami mas4lah seperti mer4cau dan dah berubat. Baru-baru ni apabila adik saya kena lagi, kami jemput seorang pengamal perubatan yang disarankan jiran.

“Dia ‘scan’ dan beritahu ada barang yang dit4nam dekat-dekat rumah kami serta minta gali di lokasi yang dia tunjukkan. Kalau ikutkan saya tak percaya s1hir semua ni, tapi masa rakam dan jumpa benda tu, terkejut sangat. Terg4maknya mereka mensy1rikk4n Allah,” kata wanita berusia 30 tahun ini.

patung 2

Mimie sudah lebih enam tahun berkecimpung dalam bisnes produk kecantikan.

Mimie mendedahkan, ‘benda’ yang ditemui itu adalah patung kecil berwarna hitam dan diikat menggunakan benang didakwa dari Thailand.

“Sebelum-sebelum ini masa adik mer4cau dan dalam keadaan tak sedar, dia kerap kali sebut nama saya dan beritahu ada orang d3ngki dengan saya sebab saya buat bisnes.

“Tapi pengamal perubatan yang rawat adik baru-baru ni tak beritahu kami apa-apa, siapa yang hantar atau kepada siapa s1hir itu ditujukan. Dia hanya beritahu ‘benda’ itu akan terkena kalau orang lemah semangat.

Sebelum-sebelum ini masa adik mer4cau dan dalam keadaan tak sedar, dia kerap kali sebut nama saya dan beritahu ada orang d3ngki dengan saya sebab saya buat bisnes.

MIMIE YASMIE

“Dan dia hanya rawat dan beritahu supaya kami jangan tinggal solat dan banyakkan zikir. Alhamdulillah, keadaan adik pun dah makin okay. Saya pun tak alami apa-apa yang aneh. Mudah-mudahan keluarga kami dilindungi,” katanya yang sudah lebih enam tahun menjalankan bisnes produk penjagaan wajah.

Tidak mahu menuduh sesiapa, Mimie berkata dia sekadar memuat naik video tersebut sebagai perkongsian untuk peringatan dan pedoman bersama.

patung 3

Mimie bersama sebahagian daripada team bisnesnya.

“Jujur cakap, saya risau juga sebab kita ni buat bisnes. Apa yang boleh saya katakan, kalau sesiapa nak buat bisnes, buatlah betul-betul. Kalau nak tiru dari segi marketing pun tak apalah, asalkan jangan buat perkara di luar jangkaan.

“Sama-sama kita cari rezeki dan bersaing secara sihat. Ingatlah bahawa rezeki itu ditetapkan Allah. Kalau kamu berjaya dengan ‘cara’ itu di dunia, tapi tidak di sana kelak,” katanya mengakhiri bicara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*