Kedai Cermin Tutup, Gadis Terpaksa Tutup Cermin Pecah Dengan Plastik

Memandangkan ada beberapa perniagaan yang tidak dibenarkan beroperasi ketika ini, tentunya ada beberapa halangan dan cabaran yang terpaksa dilalui orang ramai. Macam yang dikongsikan oleh gadis ini apabila cermin tingkap di rumahnya yang pecah baru-baru ini.

Namun tindakan gadis itu menggantikannya dengan plastik telah mencvri tumpuan ramai. Lebih melucukan, gadis itu turut berkongsikan pemandangan tingkap rumahnya itu yang dapat dilihat dari jauh gara-gara plastik berwarna itu.

tingkap

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu berkongsikan situasi yang berlaku apabila kedai cermin masih tidak dibenarkan beroperasi ketika ini. Lebih malang sekali, tingkap di rumahnya itu pecah dan terpaksa ditutup dengan plastik sahaja untuk sementara waktu.

Gadis itu kemudian berkongsikan suasana di dalam rumahnya itu ketika hujan lebat yang berlaku dan kelihatan plastik itu menutup tingkap yang pecah itu. Lebih mencuit hati, gadis itu turut berkongsikan keadaan tingkap di rumahnya itu yang menarik perhatian dari jauh.

Malah semasa dia memandu di lebuh raya itu, tingkap plastik tersebut dapat dilihat dari jauh gara-gara warnanya yang menyerlah. Gadis itu turut tidak dapat menahan ketawanya sebaik sahaja melihat kelibat tingkap plastik itu dari jauh.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur dengan situasi yang dikongsikan gadis ini. Ada juga yang memberitahu mereka juga terpaksa melakukan perkara yang sama di rumah bagi menutup tingkap yang pecah buat sementara waktu.

“Yang hijau-hijau tu ke. Jauh pun boleh nampak.”

kedai cermin

“Jelas g1la nampak dari highway.”

cermin

“Paip rumah bocor pastu nak beli paip. Bila pergi kaunter maaf barang ni tak boleh ambik…”

komen

“Saya pun tingkap tutup dengan kotak dulu…”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : keramatviral.com

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*