[VIDEO] Reaksi Rider Foodpanda Terima Pesanan Pelik Dari Pelanggan, “Ketuk Dan Lari…”

Dalam keadaan seperti sekarang ini, tak dinafikan khidmat rider penghantar makanan antara khidmat penting dan sangat diperlukan. Ramai yang lebih selesa memesan makanan secara atas talian dan menunggu pesanan dihantar oleh rider Foodpanda misalnya.

Baru-baru ini pula, reaksi seorang rider Foodpanda semasa menghantar pesanan pelanggan ini menarik perhatian ramai. Semuanya gara-gara pesanan pelik yang diberikan oleh pelanggan ini yang memintanya untuk mengetuk pintu dan terus berlari selepas menghantarkan makanan.

lelaki

Di dalam video yang dikongsikan ini, rider itu berkongsikan mesej yang dikirimkan oleh pelanggannya itu. Menurutnya, pelanggan itu meminta dia untuk meletakkan sahaja makanan itu di rak yang disediakan kemudian mengetuk pintu sebelum melarikan diri.

Akur dengan pesanan yang diberikan, rider itu kemudian meletakkan makanan itu di tempat yang diminta. Lebih mencuit hati, lelaki itu juga turut melakukan pesanan yang diminta oleh pelanggannya itu dan bergegas melarikan diri.

Malah lelaki itu juga siap meletakkan telefonnya di tangga untuk merakamkan adegannya melarikan diri. Tidak cukup dengan itu, rider itu siap merakamkan dirinya berlari bermula dari di hadapan pintu rumah pelanggan itu sehinggalah dia tiba di motorsikalnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat reaksi rider itu dalam menuruti arahan itu. Ada juga yang berseloroh mujur juga pelanggan itu tidak memberikan pesanan yang bukan-bukan untuk rider tersebut.

“Nasib dia suruh lari. Kalau dia suruh mer4ngkak, masak kau abang panda.”

reaksi rider

“Saya selalu buat macam ni tapi bukan sebab kuarantin, hanya sebab malu nak jumpa abang panda.”

rider

“Dia tengah kuarantin kat rumah kot…”

komen

“Nasib dia tak tulis lompat tak payah ikut tangga bang.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : keramatviral.com

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*