Rumah dalam kebun, tepi sungai… YouTuber menu kampung ada idea rare, kongsi video makan udang mentah, rambutan celup tepung!

BARU sebulan berjinak-jinak sebagai YouTuber, gadis ini ada sasarannya yang tersendiri.

Selain bercita-cita menjadi YouTuber berjaya suatu hari nanti, dia juga mahu menggunakan platform itu bagi berkongsi keunikan makanan yang dihasilkannya.

Antara yang mencuri tumpuan tentunya video memaparkan Nur Anis Fatihah Mohamed, 22, yang selamba makan udang sungai mentah tanpa dimasak terlebih dahulu.

Mesra disapa Anis, dia ketika dihubungi mStar mengakui ia bukanlah satu perkara yang asing, malah cara makan itu sudah menjadi tradisi keluarganya sejak sekian lama.

“Rumah saya terletak dalam kebun, belakang rumah pula ada sungai. Kami sejak kecil dah biasa makan udang sungai yang mentah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Biasanya kami tangkap pakai tangan dan terus makan di sungai. Tapi kalau nak masak dan letak dalam tomyam atau mi segera pun boleh.

“Rasa udang mentah tu macam biasa je. Rasa manis-manis yang fresh. Bagi orang yang tak pernah tengok mungkin rasa pelik, tapi kami dah biasa,” ujarnya yang menetap di Cucuh Puteri, Kuala Krai, Kelantan.

anis4

Kata Anis, dia dah terbiasa makan udang mentah sejak kecil.

Selain video itu, Anis turut berkongsi beberapa video masakan lain ke YouTube miliknya dan berharap ia mendapat tontonan ramai.

Bukan mudah untuk meraih pengikut, namun Anis akui dia cuba melakukan yang terbaik demi mengejar minatnya itu.

InsyaAllah YouTube ini akan naik perlahan-lahan, sebab kita tak boleh paksa orang untuk menonton.

ANIS

“Dah lama nak buat YouTube, tapi sebelum ini saya sibuk dengan study. Sekarang saya ada di kampung, saya hasilkan content masakan tradisional.

“Setakat ni baru ada lima video. Saya juga ada buat rambutan celup tepung dan menu pulut durian dan menu gulai siput daun kaduk.

anis3

Rumah Anis terletak di dalam kawasan kebun dan berdekatan dengan sungai.

“InsyaAllah YouTube ini akan naik perlahan-lahan, sebab kita tak boleh paksa orang untuk menonton. Lagipun saya baru sebulan jadi YouTuber,” ujarnya.

Menurut anak kesembilan daripada 11 beradik itu, dia kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang Perkhidmatan Makanan Amalan Halal di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor.

Dia kini berada di kampung sementara menunggu semester keempat bermula pada September ini.

Selain cuti semester, kepulangan Anis ke kampung juga disebabkan bapanya yang jatuh s4kit dan menjalani pemb3dahan gara-gara usvs bocor baru-baru ini.

anis2

Anis baru sebulan bergelar YouTuber.

“Ayah ada s4kit g0ut dan dar4h tinggi. Masa dua minggu puasa hari tu, ayah bed4h perut kerana usvsnya bocor.

“Dua minggu lebih ayah di hospital. Saya balik awal hari tu kerana ayah s4kit. Sekarang perut dan sembuh, cuma g0out kadang-kadang datang,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*