Cermin mata terjatuh dalam kandang Orang Utan, “Patut bayar…”

Ada sebabnya mengapa Orang Utan diberi nama yang membawa maksud ‘orang yang tinggal di hutan’. Ini kerana Orang Utan adalah spesis primat paling cerdas selepas manusia.

Seperti baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan kebijaksanaan haiwan itu apabila seorang pengunjung Zoo Indonesia terjatuhkan cermin matanya, sekali gus menarik perhatian seekor Orang Utan betina.

Dalam video tersebut yang dikongsikan semula ke Twitter, seorang wanita berkongsikan rakaman ketika dia sedang melawat kandang Orang Utan.

Secara tidak sengaja, cermin mata hitam yang dipakainya jatuh ke dalam kandang, sementara seekor Orang Utan betina dapat dilihat menghampiri cermin mata yang jatuh ke atas rumput itu sebelum mengambilnya.

Apa yang mencuit hati ramai adalah apabila mawas itu tahu untuk memakai objek itu pada matanya. Orang Utan tersebut kelihatan sibuk membetulkan cermin mata yang dipakainya sambil menepis tangan anaknya yang cuba untuk mengambil aksesori berkenaan darinya.

Adegan berkenaan yang tidak ubah seperti tingkah laku manusia membuat ramai cair dan kagum dengan kebijaksanaan haiwan berkenaan.

Orang Utan itu akhirnya mencampakkan cermin mata itu pada wanita tersebut semula selepas puas bermain dengannya.

“Ambik lah balik cermin mata bergaya kau ni…”

“Dorang patut bayar cukai…”

“Manusia dalam sut…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*