Ustaz Ebit Lew Bantu Keluarga Di Pondok Bvruk Pindah Rumah Baru

Bukan perkara baru, pendakwah bebas serta dermawan terkenal Ebit Lew sekali lagi membela nasib sebuah keluarga yang selama ini tinggal di sebuah pondok.

Keluarga yang hidup serba d4if itu ditemui Ebit Lew apabila mereka hanya tinggal di sebuah pondok bvruk dalam semak berdekatan laluan kereta api di Kajang.

Menurut Ebit keluarga tersebut menjadikan pondok tersebut sebagai tempat berteduh sejak enam bulan lalu.

Lebih menyedihkan apabila mengetahui mereka terdiri daripada pasangan suami isteri dan dua orang anak remaja termasuk remaja lelaki berusia 18 tahun.

“Emak dan adiknya telah pergi menvmpang di rumah saudara, ayahnya bekas askar dan anak lelaki mereka berusia 18 tahun kerja kvtip sampah.

“Tiada SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan hanya belajar sehingga darjah enam sahaja, saya tengok kad pengenalan alamat mereka di Kajang,” katanya.

Ebit berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram dan laman Facebook miliknya.

Tambah Ebit, dia telah mengarahkan pasukannya supaya mengambil semula emak dan adik remaja terbabit supaya mereka boleh tinggal bersama-sama semula.

“Saya carikan rumah sewa untuk mereka, inshaAllah kita akan bayar sewa bulanannya sehingga mereka boleh berdikari sendiri.

“Syukur dapat cari rumah yang selesa berdekatan kilang cermin, adik ni nak buat ‘part time’ di situ. Adik ini juga nak belajar solat dan lain-lain, inshaAllah kami akan membantu,” katanya.

Pada masa sama, Ebit mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua masyarakat, kerajaan dan badan bukan kerajaan kerana telah banyak membantu.

“Terima kasih semua masyarakat Malaysia tanpa kira agama bangsa dan negara,” kata Ebit.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*