Ingatkan Kucing Lain, Kucing Main Dengan Simen Sampai Tuan Tak Kenal

Tak dinafikan, ramai yang suka membela kucing di rumah kerana kecomelan mereka ini. Namun ada kalanya, kucing sering melakukan perkara-perkara di luar jangkaan dan memeningkan kepala pemilik mereka. Sama seperti telatah kucing yang dikongsikan ini.

Memandangkan kucing ini dibiarkan bebas berkeliaran di luar, kucing itu pulang ke rumah dalam keadaan badannya yang penuh berdebu dan berhabuk. Malah pemiliknya juga pada awalnya langsung tidak kenal pada kucing itu dan menyangka itu adalah kucing lain.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu merakamkan keadaan seekor kucing yang dilihat berada dalam keadaan berdebu itu. Pada awalnya, wanita tersebut menyangka itu adalah kucing lain yang mungkin datang singgah di rumahnya.

Namun selepas dilihat dengan lebih teliti, ternyata itu adalah kucing peliharaannya yang pulang dalam keadaan kotor. Wanita itu kemudian menepuk-nepuk perlahan badan kucing itu untuk membersihkannya dan ternyata debu-debu kotor hilang dari badannya.

kucing berdebu

Rupa-rupanya, kucing itu bermain di kawasan dipenuhi dengan simen menyebabkan badannya habis kotor seperti itu. Malah warna asal kucing itu juga turut sama diselaputi dengan habuk simen itu menyebabkan wanita itu tidak kenal pada kucingnya itu.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat telatah nakal kucing itu yang akhirnya memakan diri. Ada juga yang berseloroh mungkin juga kucing itu ingin melakukan penyamaran dan bertukar menjadi kucing lain.

“Menyamar jadi british short hair.”

ingatkan kucing

“Kucingnya tu baru je nak berubah biar ada kuasa.”

kucing

“Kawasan rumah ada renovate rumah ke? Kalau ada kucing tu main simen lah kot.”

komen

“Ni mesti dok golek-golek kat simen ni.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*