(Video) Naim Daniel Cover Lagu ‘Cinta’, “Drama Belakang Tu Alahhhh”

Penyanyi dan pelakon muda bernama Naim Daniel ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Memiliki kreativiti luar biasa dalam mencipta lagu, apa sahaja ciptaannya mendapat sambutan hangat peminatnya.

Pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-34 menerusi ‘Sumpah’, anak muda ini cukup diminati ramai dan ditambah pula dengan personaliti rendah diri dan mesranya.

Bagaimanapun, baru-baru ini Naim Daniel berkongsikan satu video yang memaparkan dirinya sedang menyanyikan semula lagu berjudul Cinta. Untuk info, lagu ini adalah nyanyian asal Melly Goeslaw dan Krisdayanti. Memang sedap betul mendengarkan nyanyian Naim Daniel ini.

Namun begitu, apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah siri drama Korea berjudul Goblin yang dipasang di TV belakang Naim Daniel. Berikut adalah rakaman Naim Daniel cover lagu ‘Cinta’ yang dimuat naik di Instagram selebriti ini:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Macam sesuai pula babak dalam TV dengan lagu yang dinyanyikan oleh Naim Daniel ini. Apa-apa pun perkongsian rakaman yang mencuri perhatian ramai ini telah meraih lebih 70 ribu likes. Rata-rata warganet yang menyaksikan rakaman Naim Daniel cover lagu Cinta ini meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Background Goblin ngam teruk dengan lagu ni”

Naim Daniel Cover Lagu Cinta 3

“Fokus kat belakang je ngam dengan lagu drama Korea Goblin”

Naim Daniel Cover Lagu Cinta 2

“Drama belakang tu alahhh”

Naim Daniel Cover Lagu Cinta 1

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*