Miliki kejelitaan yang tiada tolok bandingannya, Uqasha Senrose digelar Barbie Malaysia

PETALING JAYA – Umum tahu pelakon kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang, Uqasha Senrose memiliki kejelitaan yang tiada tolok bandingannya.

Terbaharu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dos4 itu meraih perhatian ramai selepas memuat naik beberapa keping foto memaparkan wajahnya disolek persis anak patung.

Disolek dengan konsep patung popular. Barbie, ternyata tatarias tersebut membawa satu perubahan yang menarik pada wajah pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu.

“Rindu nak bekerja, rindu nak bermain dengan alat solek mengikut konsep. Hanya mampu throwback (imbau kembali) saja,” tulis  tunang kepada aktor Kamal Adli itu.

Difahamkan, solekan tersebut merupakan hasil sentuhan jurusolek terkenal, Alha Alfa untuk sebuah kempen promosi sebuah produk kecantikan tempatan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Beberapa rakan selebriti seperi Azza Elite, Linda Rafar, Salina Saibi dan Adeline Tsen turut meluahkan komen serupa bahawa Uqasha sememangnya secantik Barbie. 

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Kosmo

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*