“Dah Hampir Sebulan, Bayang Rumah PPR Pun Tak Nampak Lagi”

Bulan lalu, pemain dram Caliph Buskers, Fendy Adlun meminta bantuan rumah m4mpu milik daripada pihak berwajib kerana tidak m4mpu membayar sewa yang mahal berikutan duit simpanan hampir habis digunakan.

Terbaru, Fendy memaklumkan sudah hampir sebulan dia masih lagi menanti mengenai status permohonan rumah mampu milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“‘Bayangan’ rumah yang memang saya harapkan sangat tidak tahu lagi statusnya macam mana. Ikutkan saya, sudah isi segala borang dengan maklumat lengkap diperlukan.

“Cuma, surat akuan sumpah mengatakan saya kerja sendiri tidak dapat disertakan kerana tiada pejabat pesuruhjaya sumpah dibuka sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Dalam pada itu, Fendy berkata pihak DBKL sudah beberapa kali dihubunginya namun tidak tahu nak rujuk pada siapa yang boleh bantu dan akhirnya tiada jawapan diperoleh. 

Fendy turut memaklumkan bantuan bulanan dipohon seperti Elaun Pekerja C4cat (EPC) dari Jabatan Keb4jikan Masyarakat (JKM) serta Baitumal masih belum dapat sebarang jawapan.

“Sekarang ini, saya hanya mengh4rapkan untuk dapat rumah mampu milik itu sahaja. Ini kerana, bayaran sewa bulanannya tidak tinggi dan jika ada lebihan pendapatan boleh saya buat simpanan masa depan.

“Dapatlah saya berjimat banyak untuk diri sendiri dan anak. Pada zaman C0v1d 19 sekarang ini, saya tak tahu bila situasi pand3mik ini akan berakhir. Jadi, saya memang kena berjimat-cermat perbelanjaan,” katanya.

Terdahulu, kisah Fendy mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang mengunjungi kediaman Fendy untuk menghulurkan b4ntuan.

Malah, Fendy berkata pihak Rina memberitahu akan memastikan permoh0nannya untuk rumah itu akan diuruskan dalam kadar segera.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Rotikaya

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*