Netizen Terkejut Tulisan Pada Pintu Kenderaan Rupanya Ditulis Dengan Tangan

Sewaktu kita memandu berselisih dengan teksi, bas, dan lori sudah pasti kita akan tertanya-tanya bagaimana maklumat yang ada pada pintu sesetengah kenderaan tersebut itu dibuat.

Baru-baru ini tular satu rakaman video di media sosial menunjukkan seorang lelaki menulis maklumat pada pintu kereta TNB hanya mengguna beberapa benda sahaja — berus lukisan, cat hitam, masking tape dan ‘bakat’ yang ada pada tangannya.

Tenang dan bersahaja lelaki itu bercangkung sambil memulakan kerjanya dengan melekatkan pita pelekat pada pintu kereta sebelum dia mula menulis berdasarkan maklumat yang disediakan dalam satu kertas ‘rujukan’.

Rata-rata netizen terkejut apabila mengetahui tulisan yang sangat kemas dan teliti ada pada sesetengah pintu kenderaan sebenarnya ditulis menggunakan tangan sahaja, bukanlah menggunakan ‘printed sticker’ seperti orang ramai fikirkan selama ini.

Menurut salah seorang pengguna Twitter menyatakan tidak ramai orang mempunyai bakat seperti ini dan sebab itulah harga untuk membuat ‘detail’ garisan pada kereta mewah Rolls-Royce dibayar dengan mahal.

Akhirnya setelah sekian lama kita semua ‘membaca’ butiran pada pintu sesetengah kenderaan dan memikirkan cara pembuatannya, rupa-rupanya ia ditulis hanya menggunakan tangan sahaja.

Komen netizen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Vocket

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*