(Video) Sem4k mata tengok sudu, garfu tak cuci… sekali muncul gah ‘burung besi’, harga paling kurang 4 angka – “Kalau ratus-ratus simpan dulu”

SIAPA sangka terperap lama berada di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membuahkan hasil yang sangat kreatif.

Begitulah yang dikongsi seorang pemuda selepas video dirinya menghasilkan replika ‘burung helang’ yang diperbuat daripada besi, meraih lebih setengah juta tontonan di aplikasi TikTok.

Jika meneliti video berdurasi 23 saat itu, replika tersebut sebenarnya dibentuk daripada sudu dan garfu yang disusun cantik dan kemas, sungguh luar biasa!

Pemuda berkenaan, Mohd Iqbal Muqri Mohd Noor berkata, lokasi kediamannya di mukim Kuala Dungun di Terengganu dikenakan PKPD sejak 21 Julai hingga 3 Ogos, dan kini dilanjutkan selama dua minggu lalu sehingga 16 Ogos.

Sepanjang tempoh PKPD, dia yang mengusahakan bisnes kimpalan (welding) terp4ksa menutup bengkelnya yang baru beroperasi lebih setahun lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Tak ada buat untuk sesiapa pun, sekadar suka-suka. Sekarang tempat saya dikenakan PKPD, tak boleh nak bergerak, tak boleh buat kerja… tak boleh nak bergerak ke mana-mana.

“Boring duduk saja di rumah tak ada kerja, carilah kerja… maka jadilah sekor burung tu yang diperbuat daripada sudu dan garfu. 100 peratus welding, tak pakai gam,” katanya kepada mStar.

burung besi 3

Dihasilkan menggunakan kira-kira 90 batang sudu dan garfu.

Anak muda berusia 24 tahun itu berkata, dianggarkan kira-kira 90 campuran sudu dan garfu digunakan untuk menghasilkan burung besi tersebut.

“Saya guna sudu dan garfu baru dan terpakai. Saya mengambil masa antara empat hingga lima hari kerana saya melakukannya seorang diri.

Sekarang tempat saya dikenakan PKPD. Boring duduk saja di rumah tak ada kerja, carilah kerja… maka jadilah sekor burung tu yang diperbuat daripada sudu dan garfu. 100 peratus welding, tak pakai gam.

IQBAL

“Paling menc4bar nak buat di bahagian mulut dan paruh. Bahagian tu je dah ambil masa dua hari. Sebab nak bagi nampak paruh burung realistik.

“Sebab benda tu kecil, tambah pula besi memang menc4bar nak kena ketuk. Nanti silap buat tak jadi,” katanya yang lebih dikenali sebagai Keba.

burung besi 2

Berpengalaman dalam bidang kimpalan selama lima tahun.

Menurut anak kelahiran Dungun itu, idea untuk menghasilkan replika burung itu juga tercetus selepas melihat timbunan sudu dan garfu di sinki di dapur.

“Saya tinggal dengan famili. Idea tu datang bila nampak sudu dan garfu bers3pah dalam sinki. Semuanya belum basuh,” ujarnya secara berseloroh.

burung besi 4

Antara yang dihasilkan oleh Iqbal menggunakan besi terp4kai.

Iqbal yang berpengalaman dalam bidang kimpalan selama lima tahun berkata, dia pernah menghasilkan produk kreatif menggunakan besi terp4kai dan besi sekerap sebelum ini.

“Saya pernah buat pelbagai bentuk seperti pist0l dan hiasan termasuk hadiah untuk isteri. Tapi menggunakan sudu dan garfu ini yang pertama saya hasilkan.

“Burung helang ni tak ada membawa apa-apa maksud pun. Tak ada nama khas untuk replika burung ni, setakat ini helang saja,” tambahnya.

Jelas Iqbal, menjadi satu kepuasan apabila melihat hasil kreativitinya itu berjaya disempurnakan dari rumah dalam tempoh PKPD.

burung besi 5

Hasil kreativiti Iqbal sebagai hadiah buat isteri.

Dalam pada itu katanya, dia sedia untuk menjual replika burung helang itu sekiranya menerima tawaran harga yang menarik daripada mana-mana individu.

“Kalau ada orang tawarkan harga menarik dan saya rasa sepadan dengan barang tu, saya jual je. Memang tengok harga yang orang tawarkan dulu.

“Saya akan jual serendah empat angka atau lebih sebab hasil kreativiti tu.

“Tawaran beribu baru jual, kalau ratus-ratus… saya tak jual lagi, simpan dulu,” ujar Iqbal.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*