[Vide0] Lelaki Beli Frame Untuk Simpan Surat Komp4un, “Abadikan Kenangan…”

Dalam situasi seperti sekarang ini, sangat penting untuk masing-masing mematuhi SOP yang ditetapkan atau anda mungkin akan dikenakan komp4un jika melangg4rnya. Sama seperti yang dilalui oleh lelaki ini apabila dia dikenakan komp4un baru-baru ini.

Namun reaksinya selepas itu berjaya menarik perhatian ramai apabila dia memilih untuk mengabadikan kenangan itu. Malah dia juga siap membeli bingkai gambar untuk menyimpan surat komp4un tersebut sebagai kenangan pada masa hadapan.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu memberitahu dia telah dikenakan komp4un baru-baru ini gara-gara telah mel4nggar SOP yang ditetapkan. Namun dia turut redha dengan perkara tersebut dan mengaku ianya adalah silap dari dirinya sendiri.

Lebih melucukan, dia kemudiannya keluar membeli bingkai gambar untuk mengabadikan kenangan itu. Dia juga siap berkongsikan gelagatnya mencari bingkai gambar yang bersesuaian dengan surat komp4un yang diterimanya itu.

Lelaki itu turut berseloroh dia mahu menyimpan surat komp4un itu di dalam bingkai gambar untuk anak cucunya belajar dari kesilapannya. Pada penghujung video, lelaki itu berkongsikan surat komp4un tersebut yang sudah siap disimpan di dalam bingkai gambar yang dibelinya.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat reaksi lucu dari lelaki ini. Ada juga yang memuji sikap tenangnya yang redha selepas dikomp4un malah siap memilih untuk meletakkannya di dalam bingkai gambar lagi.

“Siap frame kenangan betul ni.”

lelaki beli frame

“Mesti cicit dia bangga nanti sebab atok dia ada buat kesalahan.”

kompaun

“Ni kalau cicit dia belajar sejarah senang nak faham sebab ada bukti barang lama…”

komen

“Sama, aku frame surat saman kereta sebab tak pakai seat belt…”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*