[Vide0] Suami Buat Kejutan Romantik Tapi Kesudahannya Memang Tak Sangka!

Buat yang sudah berkahwin atau punya pasangan kekasih, siapa sahaja yang tidak suka bila diberikan kejutan bukan? Lebih-lebih lagi kalau kejutan itu romantik dengan hadiah yang menarik. Memang boleh bikin hati ‘cair’ dan bertambah sayang!

Tapi lain pula yang dilakukan oleh seorang lelaki ini pada isterinya baru-baru ini. Dalam satu perkongsian, kelihatan pada awalnya sang suami menjemput isterinya masuk ke rumah. Dari depan pintu, dia kemudiannya membuka mata wanita tersebut.

Screenshot at Aug 06 16-17-02

Wanita itu tersenyum apabila terlihat taburan kertas merah dan mengikutinya. Namun begitu, apa yang dilihat di penghujung taburan kertas itu memang sungguh tak disangka! Rupa-rupanya taburan itu menuju ke bilik air dengan timbunan pakaian k0tor yang perlu dicuci.

Melihatkan keadaan itu, si isteri terus mengambil beg plastik dan mengisi pakaian ke dalamnya untuk dihantarkan ke dobi. Berikut adalah rakaman suami buat kejutan romantik pada isteri ini:

Reaksi wanita itu pun ‘win’ habis! Perkongsian rakaman suami buat kejutan romantik yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @banunrusmanu ini telah meraih lebih 17 juta tontonan dan sejuta likes. Rata-rata warganet terhibur dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Mula2 tengok aku rasa untung laa wife dua dapat husband sweet tapi…Last2 tarik balik laaa”

Suami Buat Kejutan Romantik 3

“Lepas tu kau kemas sorang”

Suami Buat Kejutan Romantik 2

“10 tahun kemudian…apa yang terjadi..di luar dugaan”

Suami Buat Kejutan Romantik 1

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*