Wanita kongsi senarai untuk suruh suami beli barang rumah, “Lagi lama dari pergi…”

Dalam rumahtangga, tidak dapat dinafikan bahawa isteri lebih tahu apa yang diperlukan di rumah. Dari bahan memasak kepadalah produk-produk membersih, semuanya memerlukan pemilihan yang terperinci mengikut kualiti dan jenama yang hanya isteri tahu apa yang terbaik.

Namun kerana turut sibuk menguruskan rumah, bukan selalu isteri mempunyai masa untuk keluar ke pasar raya membeli barang rumah sendiri. Jadi biasanya suami yang akan diminta melakukan tugas itu mengikut senarai yang diberikan.

Walaupun dengan senarai barang dalam tangan, kalau sudah namanya lelaki tidak sah jika tidak ada satu dua barang yang silap dibeli, membuatkan isteri tidak pu4s hati.

Jadi untuk mengelakkan perkara itu dari berlaku seorang wanita ini bertindak menghasilkan panduan membeli barang rumah yang sangat terperinci buat suaminya.

Dalam video tiktok yang tular, wanita tersebut dilihat menghasilkan senarai yang lengkap dengan gambar barang-barang yang dia ingin suaminya beli. Selain itu dia juga menyertakan peta pasar raya agar suaminya tahu untuk mencari barang dari lane mana.

Walau bagaimanapun, usaha keras wanita itu mendapat kr1tikan ramai yang berpendapat suaminya seperti budak-budak jika perlu diajar begitu sekali.

“Bayangkan perlu buat semu ni untuk orang dewasa…”

“Memalukan…”

“Buat benda ni lagi lama dari pergi beli barang sendiri…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*