Pingat perak pun sudah cukup bangga, tahniah Azizulhasni bakal timang cahaya mata ketiga!

JIKA bukan kerana strategi lain macam serta stamina luar biasa pelumba Britain, Jason Kenny yang tiba-tiba memecut awal sebelum pusingan terakhir, tidak mustahil pingat emas boleh menjadi milik pelumba sensasi negara, Datuk Azizulhasni Awang yang terp4ksa berpu4s hati dengan pingat perak dalam aksi final keirin temasya Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Sudah memberikan yang terbaik, pujian wajar diberikan buat The Rocket Pocket Man yang berjaya memperbaiki kedudukan podium selepas meraih pingat gangsa acara sama pada edisi Rio Brazil 2016.

Pingat gangsa pula menjadi milik pelumba Belanda, Harrie Lavreysen yang dipintas saat-saat akhir oleh Azizulhasni.

Kekec3waan jelas terpancar di ri4k wajah Azizulhasni kerana beliau merupakan prospek terakhir kontinjen negara untuk memenangi pingat emas pada kali ini.

“Saya tingg4lkan keluarga…tinggalkan emak saya. Dapat tahu ayah dapat str0k di kampung. Ia bukan sesuatu yang mudah buat saya.

“Anak-anak pun hubungi saya tanya bila nak balik… saya harap semua orang di Malaysia tidak kec3wa dengan saya hari ini,” kata Azizulhasni ketika ditemu bual Astro Arena sebentar tadi.

Pada masa sama, Azizulhasni juga terharu apabila baru saja mengetahui isterinya, Datin Athiah Illyana Abd Samat kini h4mil anak ketiga sebaik dikalungkan pingat perak sebentar tadi.

Tahniah Jijoe! Biarpun tiada lagu Negaraku berkumandang di bumi Tokyo, anda tetap kebanggaan rakyat Malaysia apabila memastikan Jalur gemilang berkibar di Velodrom Izu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*